Cerita Auto

Lamborghini Raih Kejayaan Pertama Di GT Terbuka Antarabangsa

Ia merupakan hujung minggu yang sibuk untuk Lamborghini yang bertanding dalam beberapa kejohanan GT utama. Kereta Huracán GT3 nya tampil dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejohanan GT Terbuka Antarabangsa di litar Paul Ricard, Perancis, ADAC GT Masters di Lausitzring di Jerman dan kejohanan IMSA WeatherTech SportsCar di Detroit, Amerika Syarikat.

Lamborghini berjaya meraih kejayaan pertamanya di Kejohanan GT Terbuka Antarabangsa berjaya dengan pemanduan hebat dari Thomas Biagi dan Fabrizio Crestani yang mewakili pasukan Orange 1 Team Lazarus. Walaupun memulakan perlumbaan di petak kelapan, kedua-dua pelumba berjaya memanjat tangga kedudukan ke tempat teratas dengan strategi perlumbaan yang berkesan.

GTOPEN_FFF RAcing

Penampilan sulung pasukan FFF Racing di kejohanan itu juga positif dengan pasangan Vitantonio Liuzzi yang merupakan bekas pelumba F1 and Andrea Caldarelli berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga keseluruhan. Pasukan Ebimotors yang diwaklili  Fabio Babini dan Emanuele Busnelli juga mempamerkan prestasi memberasangkan dengan tempat keenam.

ADAC Formel 4

Sementara itu, pusingan ketiga kejohanan ADAC GT Masters juga menyaksikan perlumbaan yang sengit. Perlumbaan pertama menyaksikan kereta Huracán GT3 milik pasukan Grasser Racing dipacu ke tempat naib juara oleh Rolf Ineichen dan Christian Engelhart. Bagaimanapun, pasangan tersebut dilarang menyertai perlumbaan kedua selepas melanggar beberapa kereta lain sejurus selepas perlumbaan bermula. Walaupun berada di tempat kedua sepanjang perlumbaan, kereta Grasser Racing bernombor 16 yang dipandu oleh Mirko Bortolotti dan Luca Stolz pula hanya berjaya mendapat tempat ketujuh selepas dikenakan penalti.

ADAC GT Masters - 3. Event 2016 - Lausitzring, GER - Foto: Gruppe C

Di kejohanan IMSA WeatherTech SportsCar pula, pasukan Paul Miller Racing buat pertama kalinya berjaya mendapat tempat pertama di petak perlumbaan musim ini selepas Bryan Sellers dan pemandu junior Madison Snow mencatatkan masa terpantas di pusingan kelayakan dalam kelas GTD. Mereka hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan setelah kehilangan lima kedudukan selepas perlumbaan dimulakan semula. Pasukan Change Racing yang berlumba dengan Corey Lewis dan Spencer Pumpelly pula mendapat tempat keenam.

 

Previous post

Honda R & D Innovation Lab Akan Datang Akan Bekerjasama Dengan Pakar Luar

Next post

Jaguar Land Rover Saman Jiangling Motor Kerana Meniru Evoque

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *