Motosikal

Foto KTM 390 Duke 2017 Bocor

Setelah beberapa tahun berada di pasaran, KTM 390 Duke versi facelift akhirnya akan muncul tidak lama lagi. Berdasarkan foto spyshot yang dikatakan diambil di kilang Bajaj di India, motosikal ini nampak jauh lebih garang dari model sedia ada.

Terdapat beberapa elemen baharu yang boleh kita lihat di sini. Pertama sekali, pasti anda akan terperasan lampu hadapannya yang unik dengan belahan di tengah. Bukan itu saja, motosikal ‘naked’ itu juga kelihatan lebih langsing dengan rekaan fairing dan tangki minyak yang lebih tirus. Papan pemukanya juga diberi penambahbaikan.

Selain itu, 390 Duke versi 2017 ini juga menggunakan subframe belakang yang dibolt terus pada rangka utama. Setakat ini, tidak dapat dipastikan jika KTM akan sediakan enjin baru untuk model popular ini. Ia sekarang dikuasakan enjin 373 cc silinder tunggal yang menjana 44 hp dan tork 35 Nm.

Motosikal ini dijangka akan membuat penampilan sulungnya di acara EICMA 2016 yang akan diadakan November ini di Milan.

Previous post

Suis-suis Dalam Kereta Akan Pupus Tidak Lama Lagi

Next post

Ini Rupa Barricade Transformers: The Last Knight

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *