Cerita Auto

Ini Rupa Barricade Transformers: The Last Knight

Masih ingat watak kereta polis jahat dalam filem Transformers pertama? Robot Decepticon yang bernama Barricade itu akan membuat kemunculan semula dalam filem Transformers kelima arahan Michael Bay.

Sama seperti sebelum ini, Barricade datang dalam bentuk Ford Mustang baru yang diubahsuai khas untuk tampil lebih ‘kejam’. Selain cat hitam putih dengan tulisan ‘Police’ di pintu, ia juga dilengkapi lightbar dan bullbar di bahagian hadapan. Tidak lupa juga spoiler belakang yang begitu sporty.

Gambar ini didedahkan oleh Josh Duhamel yang akan memainkan watak kapten Lennox dalam Transformers: The Last Knight. Selain beliau, filem yang akan ditayang bermula Jun 2017 itu juga akan menampilkan Mark Wahlberg dan Anthony Hopkins.

 

Previous post

Foto KTM 390 Duke 2017 Bocor

Next post

Mercedes-AMG Acah GT Rnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *