Motosikal

Vespa S125 Baharu Dilancarkan – RM10,988

Naza Premira, pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia, telah melancarkan model Vespa S125 baru-baru ini. Model terbaru ini dikatakan merangkumi warisan model-model lagenda dari zaman 70-an seperti model 50 Special dan Primavera.

Vespa S125 02

Dari segi luaran, model S125 ini tampil dengan beberapa elemen baharu seperti lampu hadapan petak yang dihiasi krom, mudguard dan tempat duduk berprofil. Skuter Itali ini juga datang dengan panel meter baharu, penyerap hentak berwarna merah dan juga pelindung baharu yang dipasang pada footboard.

Vespa S125 03

Vespa S125 dikuasai oleh enjin berkapasiti 124 cc, empat lejang, tiga injap, yang mempunyai kuasa sebanyak 11.6 hp @ 8,250 rpm dan 10.7 Nm @ 6,500 rpm. Unit bersilinder tunggal itu dipadankan dengan transmisi jenis CVT.

Vespa S125 06

Jika dibandingkan dengan model yang didatangkan sebelumnya, kuasa Vespa S125 meningkat sebanyak 7.1% manakala tork meningkat sebanyak 10.3%. Masa pecutan 0 – 100km/h jatuh sebanyak 2% dan kelajuan maksimum meningkat sebanyak 2.2%. Walaupun mengalami peningkatan prestasi yang ketara, ekonomi bahan api dikatakan bertambah baik sebanyak 30%.

Vespa S125 didatangkan dengan lima warna pilihan: Taormina (oren), Rosso Dragon (merah), Nero Vulcano (hitam), Monte Bianco (putih) and Grigio Titanio (kelabu matte). Ia ditawarkan pada harga RM10,988, termasuk jaminan pengeluar selama dua tahun dan keahlian AAM Bike Assist selama setahun.

Previous post

Program Bantuan Banjir dari Nissan

Next post

MOTUL FIM Superbike World Championship 2016 Fassi Pusingan Malaysia Berakhir Cemerlang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *