Konsep / Lakaran / Intipan

Toyota Dan Uber Meneroka Kerjasama Dalam Perniagaan Ridesharing

Toyota Motor Corporation dan Uber beberapa hari lalu telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) di mana kedua-dua syarikat akan meneroka – bermula dengan ujian – dalam perniagaan ridesharing. Mereka akan mengambil kira isu-isu seperti peraturan, keadaan perniagaan dan keperluan pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, Toyota Financial Services Corporation dan Mirai Creation Investment Limited Partnership membuat pelaburan strategik dalam Uber.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian hari ini, syarikat-syarikat akan membuat pilihan pajakan baru di mana pembeli kereta memajak kenderaan mereka dari Toyota Financial Services dan menampung pembayaran mereka melalui pendapatan yang dijana sebagai pemandu Uber. Tempoh pajakan akan menjadi fleksibel dan berdasarkan keperluan pemandu. Inisiatif ini dibina di atas program Vehicle Solutions semasa Uber.

Toyota Uber 3

Toyota dan Uber juga akan meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang lain, seperti pembangunkan aplikasi dalam kereta yang menyokong pemandu Uber, berkongsi pengetahuan dan mempercepatkan usaha-usaha penyelidikan masing-masing, dan menubuhkan program armada khas untuk menjual Toyota dan Lexus kepada pemandu Uber .

 

 

Previous post

Mercu Lotus Elise Terima Anugerah Juara Pembaca Autocar

Next post

Kia Sorento Dan Sportage Serba Baharu Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *