Gaya Hidup

Tedco Racing Ungguli Pusingan 1 Malaysia Championship Series

Pasukan Sakura Tedco Racing menguasai pusingan pembukaan Malaysia Championship Series ( MCS) dengan duo dinamik Fitra Eri dari Indonesia dan Mark Darwin dari Malaysia menyapu bersih kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang semalam.

Bersaing buat kali pertama dalam kelas Production Touring, Fitra yang juga seorang editor permotoran menunjukkan kemahiran dan pengalaman untuk mendapatkan kemenangan selesa sementara Darwin sekali lagi membuktikan dirinya sebagai pemandu yang harus dikalahkan dalam kategori 1,600cc.

MCSPodium2

Dengan kemenangan ini, pemandu-pemandu Sakura Tedco Racing tersebut membawa pulang 40 mata sempurna untuk mereka mendahului kejohanan masing-masing, dengan Fitra mempunyai kelebihan 15 mata ke atas gandingan Lai Wee Sing dan Abdul Kaathir dalam Touring Production, dan Darwin dengan 10 mata di hadapan pemandu Singapura Charles Jean yang mewakili TOC Motorsports.

Juara bertahan, Fariqe Hairuman yang bersaing untuk pasukan Viper Niza Racing tidak dapat mempertahankan kejuaraannya selepas dipaksa bersara ketika Perlumbaan 1 selepas Proton Satria Neonya mengalamai kerosakan pada bahagian enjin.

Pusingan 2 MCS akan mengambil tempat dari 4 hingga 7 Ogos 2016, dengan Pusingan 3 dijadualkan dari 30 September hingga 2 Oktober 2016 sebagai perlumbaan sokongan untuk kejohanan FIA Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016. Pusingan 4 dan 5 akan berlangsung dari 11 hingga 13 November 2016.

Previous post

Honda Letak Rekod Produksi Bulanan Di Seluruh Dunia, Di Luar Negara, Di Amerika Utara, Asia Dan China

Next post

Shhhh! Ford Tawar Kenderaan yang Lebih Senyap, Berkualiti Menerusi Pengenalan Terowong Angin Aeroakustik Mudah Alih yang Pertama di Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *