Konsep / Lakaran / Intipan

Shhhh! Ford Tawar Kenderaan yang Lebih Senyap, Berkualiti Menerusi Pengenalan Terowong Angin Aeroakustik Mudah Alih yang Pertama di Dunia

Para pengguna mahukan kenderaan yang lebih senyap – ia merupakan antara pertimbangan penting oleh mereka yang ingin membeli sebuah kereta baharu. Jadi, Ford hadir dengan cara lebih baik untuk membuatkan kenderaannya semakin senyap.

Screen Shot 2016-05-30 at 6.31.28 PM

Terowong angin aeroakustik mudah alih sepenuhnya yang pertama di dunia itu merupakan satu sistem ujian inovatif dan telah dipatenkan. Sistem itu membolehkan bunyi yang tidak diperlukan dapat dikenal pasti dengan lebih cepat pada peringkat awal produksi kenderaan. Jadi  penyelesaiannya dapat dibangunkan dengan lebih pantas. Hasilnya, para pelanggan boleh memandu kenderaan yang direka dengan ruang kabin lebih senyap yang sememangnya penting untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang selesa.

 

“Projek ini lahir daripada keinginan untuk menjadi yang terbaik apabila menyentuh tentang aspek kawalan dan menghadkan bunyi bising di dalam kabin yang tidak disukai oleh pelanggan,” kata Ketua Penyelia Bunyi Bising Angin Ford, Bill Gulker. “Terowong angin mudah alih kami yang baru ini jelas dapat menjimatkan masa dan meningkat produktiviti jurutera kami. Ia adalah salah satu contoh jelas mengenai pemikiran berinovasi yang cuba kami terapkan dalam semua perkara yang kami lakukan.”

 

Terowong angin baharu Ford melakukan debut di Kilang Pemasangan Flat Rock Ford di Michigan – ia menyertai barisan kemudahan ujian mudah alih seperti tiga buah kebuk penilaian alam sekitar.

Mengubah tugas ujian kesenyapan

Makmal-makmal aerodinamik bersaiz penuh, seperti terowong angin utama Ford di Allen Park, Michigan dilengkapi peralatan ukuran dan analisis sensitif yang terkini. Kemudahan yang bersaiz seperti bangunan pejabat itu mengkhusus dalam kerja-kerja pembangunan aerodinamik dan aeroakustik termaju untuk model-model masa depan Ford. Setiap kemudahan ini menelan kos kira-kira $50 juta. Disebabkan oleh peralatan khas dan kosnya, tempoh penggunaan mesin-mesin ini cukup terhad.

 

Sementara terowong angin mudah alih Ford yang baru ini hanya melibatkan sebahagin kecil kos makmal bersaiz penuh tersebut. Memandangkan ujian ini memerlukan aliran angin kelajuan di lebuh raya secara berterusan, kebanyakan peralatan yang besar dan sensitif untuk makmal aero yang lengkap tidak diperlukan. Tetapi alat-alat pengesan di dalam kabin berteknologi tinggi seperti kepala Aachen dan Noise Vision masih tetap digunakan.

 

Dengan kemudahan ujian bunyi bising angin mudah alih, kilang-kilang Ford boleh menguji lebih banyak kenderan terus dari saluran pengeluaran dan mengujinya dengan pantas. Langkah ini dapat menjimatkan masa dan meringankan beban untuk menghantar kenderaan ke sana ke mari di seluruh negara.

 

Isu-isu yang memerlukan penambahbaikan proses pemasangan boleh dikenal pasti dan diselesaikan dengan lebih cepat, kerana semua orang yang terlibat ada di sana.

 

“Sekarang, kami boleh mengesan bunyi-bunyi bising yang kecil,” kata Gulker. “Kami boleh mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik, mengumpulkan individu-individu penting yang berkaitan dan menyelesaikan sebarang isu dengan pantas.”

 

Memikirkan kembali idea sebuah terowong angin
Memiliki konsep yang sama dengan makmal terowong angin berskala penuh, kemudahan mudah alih itu dibina di dalam dua buah kontena kapal bersaiz 53 kaki. Setiap satunya dilengkapi vanes aeroakustik dan ducting dalaman untuk menawarkan aliran udara yang lancar dan terkawal pada akhir corong mesin terbabit. Sementara dua buah kipas dengan 16 bilah dengan diameter enam kaki – setiap satunya dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 250 kuasa kuda – menghasilkan aliran udara sehingga 80 batu sejam. Satu siri pintu di sekeliling kontena itu pula memastikan setiap bahagiannya kekal selamat ketika diangkut atau disimpan.

 

Mesin itu terdiri daripada dua buah kontena utama yang dilekatkan bersama di atas jalan tar yang rata.  Di antaranya, dua unit pintu diangkat, manakala pintu-pintu di bahagian depan dan belakang dibuka untuk menghasilkan ruang pengambilan udara dan nozel outlet. Ketiga, sebuah kontena bersaiz 40 kaki – menempatkan sebuah pejabat kecil, agihan kuasa dan kawalan – diletakkan berhampiran. Kabel data dan kuasa juga disambungkan di antara kontena-kontena tersebut.

 

Keseluruhan operasi boleh dibuka dalam masa sehari dan dihantar ke mana-mana kilang pemasangan Ford Amerika Utara menggunakan trak. Ia kemudian dipasang di tapak baharu dan sedia untuk menjalankan ujian dalam masa beberapa jam sahaja.

 

Kelincahan pemanduan dan usaha ke arah kualiti

Kemampuan Ford untuk menjalankan ujian bunyi angin di kilang bermakna terowong angin utama di Allen Park kini boleh digunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja pembangunan model-model masa depan. Ini membolehkan lebih banyak masa dihabiskan ke atas setiap kenderaan baharu, memendekkan tempoh pembangunan dan pastinya bukan sekadar menawarkan kabin yang lebih senyap, malah lebih menjimatkan bahan api.

 

Terowong angin mudah alih baharu ini adalah contoh pemikiran luar kotak kakitangan Ford. Ia sememangnya memberi manfaat kepada pasukan jurutera bunyi bising angin Ford dari aspek peribadi mahupun secara profesionalnya. Mereka kini boleh bekerja dengan lebih efisien. Ini kerana mereka tidak perlu lagi menghabiskan banyak masa terpisah dengan keluarga, serta berulang-alik di antara kilang-kilang dan kemudahan utama.

 

Fakta ringkas mengenai terowong angin mudah alih Ford yang pertama dalam industri

  • Kelajuan maksimum angin secara berterusan: 80 batu sejam
  • Kuasa maksimum sistem: 500 kuasa kuda
  • Diameter setiap kipas ducted: Enam kaki
  • Keupayaan kemudahan: Operasi selama 24 jam sehari dengan dua orang pekerja
  • Kabel-kabel agihan kuasa yang besar seberat 10 pound bagi setiap kaki. Setiap palam seberat 40 pound; jadi secara keseluruhannya, setiap 100 kaki kabel mempunyai berat kira-kira 1,080 pound
  • Walaupun mesin ini mempunyai kuasa yang besar, ia hanya menghasilkan bunyi sekitar 75 decibel untuk jarak sejauh enam kaki dari kawasan ujian. Hampir sama dengan bunyi panggilan telefon

Screen Shot 2016-05-30 at 6.29.23 PM

Wajah-wajah Ford: Bill Gulker

Penyelia dan pakar teknikal bunyi bising angin Ford

 

Inovasi dan ciptaan di sebalik kenderaan Ford yang paling senyap  

Sebagai seorang pelajar Ohio State University, Bill Gulker tahu bawah ijazah yang ingin perolehinya dalam bidang kejuruteraan aeronautikal dan astronautikal hanyalah permulaan kepada komitmen beliau untuk menambah baik kualiti serta membangunkan penyelesaian pengangkutan yang bersifat transformatif.

 

Selepas lima tahun berkhidmat di General Motors, Bill berpeluang untuk menyertai Ford dan menjadi salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab membina, mereka bentuk dan mengoperasikan terowong angin aeroakustik berskala penuh di Allen Park, Michigan. Ini merupakan satu langkah penting dalam membangun dan mengoptimumkan kenderaan dengan ruang kabin sesenyap mungkin dan memiliki kualiti paling tinggi.

 

20 tahun kemudian, Penyelia dan Pakar Teknikal Bunyi Bising Angin Ford, Bill merupakan ketua dalam membina serta melaksanakan amalan terbaik untuk mengurangkan bunyi bising angin di peringkat global. Jadi, apabila beliau dan pasukannya sentiasa berfikir mengenai sumber yang terpaksa digunakan untuk menghantar kenderaan dan individu yang berusaha untuk mengurangkan bunyi bising angin dalam kenderaan Ford menggunakan satu kemudahan tetap, mereka tahu mesti ada cara yang lebih baik.

 

“Saya selalu terfikir bahawa mesti ada sesuatu yang lebih murah berbanding sebuah kemudahan berskala penuh. Tetapi ia tetap memiliki semua kemampuannya, berprestasi tinggi dan boleh diakses oleh pasukan jurutera di tapak berkaitan yang pastinya dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih pantas,” kata Gulker.

 

“Kami berjumpa dengan pihak pengurusan Ford dan membawa idea untuk membina terowong angin aeroakustik mudah alih yang pertama di dunia. Terowong angin ini membolehkan komunikasi pada masa sebenar di saluran pemasangan dibuat, selain mengetahui bagaimana kami boleh mengenal pasti serta menyelesaikan masalah bunyi bising angin,” kata Gulker.  “Ford bukan sahaja menggalakkan budaya inovasi, malah mereka memberi kepercayaan kepada kami untuk membangunkan teknologi ini dan benar-benar menghormati kepakaran kami.”

 

Gulker memiliki beberapa paten berkaitan bunyi bising angin. Beliau berharap dapat membina dan menjalankan kemudahan sama secara strategik ke lokasi-lokasi tambahan Ford. Ini semua untuk meningkatkan kecekapan, menawarkan kabin lebih senyap dan memberi lebih kepuasan kepada pelanggan. Bill sangat menggemari sukan bermotor dan fotografi. Berasal dari Upper Arlington, Ohio, Bill dan isteri mempunyai tiga orang anak.

 

Screen Shot 2016-05-30 at 6.30.46 PM

Wajah-wajah Ford: Mark Wiles

Mark Wiles mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang dapat membayangkan dan mencipta penyelesaian teknologi lebih pintar serta memberi impak kepada kehidupan manusia. Sebab itulah beliau menyertai Ford selepas bekerja sebagai pembekal Peringkat 1 selama 14 tahun.

Wiles memang arif tentang jadual syif, tempoh perjalanan yang panjang dan penangguhan bukan sahaja membuatkan para jurutera terpaksa berpisah dengan keluarga masing-masing. Malah tidak efisien dalam mengenal pasti masalah bunyi bising angin di saluran pengeluaran kenderaan. Beliau akhirnya berjaya mencari satu penyelesaian inovatif yang mampu memanfaatkan aset dan memaksimumkan sumber-sumber sedia ada. Sebagai seorang jurutera Pelancaran Bunyi Bising Angin, Wiles memainkan peranan penting dalam aspek penyelidikan dan pembangunan terowong angin aeroakustik kenderaan bergerak Ford yang baru; pertama seumpamanya di dunia.

“Para pelanggan sangat sensitif dengan bunyi bising angin. Teknologi ini cukup maju untuk mengesan walaupun isu-isu yang kecil,” kata Wiles. “Terowong angin seperti ini tidak pernah dicipta sebelum ini. Tetapi Ford memberi galakan dan mencabar kami untuk menghasilkan sesuatu yang dapat menambah baik kehidupan pekerja dan para pelanggan. Itulah Ford sebenarnya.”

Wiles memantau keputusan hasil kaji selidik pelanggan secara konsisten dan mengaplikasikan semua dapatan penting ke atas setiap projek serta sama-sama membangunkan teknologi Terowong Angin yang diusahakan oleh pasukan jurutera di Ford.

Wiles bertanggugjawab ke atas semua pelancaran projek bunyi bising angin tempatan dan mengkoordinasikan ujian pra serta pasca pengeluarannya.

Lahir dan dibesarkan di St. Louis, MI, Wiles ialah bapa kepada tiga orang anak. Beliau  menyumbang kepada penduduk setempat apabila menjawat jawatan sebagai Pengarah Sukan Belia di New Haven MI, di mana beliau menetap sekarang.

Screen Shot 2016-05-30 at 6.32.11 PM

Previous post

Tedco Racing Ungguli Pusingan 1 Malaysia Championship Series

Next post

BMW G 310 R Baharu Di Bilik Pameran Terpilih Hingga 12 Jun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *