Berita Auto

SUV Haval H2 Diperkenal – Harga Dari RM89,950

Berikutan sambutan menggalakkan untuk model M4 yang diperkenalkan pada tahun lepas, pengedar tunggal jenama Haval di Malaysia iaitu Go Auto telah melancarkan SUV baharu yang dikenali sebagai Haval H2.

Haval H2 02

Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto Ahmad Azam Dato’ Sulaiman berkata syarikat itu teruja untuk membawa masuk model H2, yang merupakan versi naik taraf M4. Jika M4 disasarkan kepada golongan profesional muda tunggal yang berada di pertengahan 20-an, H2 pula sesuai untuk golongan 30 tahun keatas serta keluarga kecil.

Haval H2 05

H2 datang dengan ciri-ciri menarik termasuk brek parking elektronik, cermin sisi lipat elektrik dengan lampu lopak bersepadu, sunroof , tempat duduk pemandu boleh laras dengan enam cara, kemasan kulit, paparan komputer TFT bersaiz 3.5 inci dan roda stereng pelbagai fungsi. SUV itu juga dilengkapi dengan unit skrin sesentuh dan penghawa dingin automatik dwi-zon.

Haval H2 06

H2 dikuasakan enjin turbo dengan sesaran 1.5 liter yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 147 hp @ 5,600 rpm dan tork maksimum 210 Nm dari 220 hingga 4,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik enam kelajuan.

Haval H2 04

Ciri-ciri lain yang ada pada H2 termasuklah sistem titik buta pada belah kiri hadapan, lampu nyalaan siang, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), dan cermin pandang belakang anti-silau. Ia juga dilengkapi dengan enam beg udara, program kestabilan elektronik (ESP), dan ABS.

Haval H2 03

Haval H2 baharu dijual dengan harga bermula dari RM89,950.

Previous post

Kia Sorento Dan Sportage Serba Baharu Dilancarkan

Next post

Honda Berkuasakan Diesel Dapat Purata 100.31 Batu Segelen Dalam Perjalanan 8387 Batu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *