Gaya Hidup

Pasukan Audi Asia Alami Hujung Minggu Yang Mencabar Di Nürburgring

Hujan lebat, hujan batu dan beberapa kemalangan – untuk pasukan Audi Asia, jolokan nama ‘Neraka Hijau’ untuk litar Nürburgring ternyata benar. Perlumbaan Nürburgring 24 Hours hujung minggu lalu berakhir awal bagi pasukan #10 yang terdiri dari Alex Yoong, Cheng Congfu, Marchy Lee and Shaun Thong selepas Yoong melanggar penghadang sejurus selepas tengah malam.

Motorsports / 24h Nürburgring

Secara keseluruhan, hanya lima dari sembilan pasukan berjaya menghabiskan perlumbaan yang mencabar itu. Kereta #2 yang dipandu oleh Robin Frijns, Stuart Leonard, Edward Sandström, and Frédéric Vervisch menjadi pasukan Audi yang paling hadapan selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

24h Nürburgring 2016

Beberapa insiden menghalang pasukan Asia itu untuk mengulangi kejayaan mereka menghabiskan perlumbaan di tempat ke-12 seperti tahun lalu. Pusingan kelayakan pada hari Jumaat berakhir awal selepas kereta mengalami kerosakan suspensi yang berpunca dari perlanggaran. Walaupun memulakan perlumbaan pada hari Sabtu dari petak ke-37, Cheng berjaya merapatkan kedudukan dengan pelumba-pelumba di barisan hadapan sebelum perlumbaan dihentikan selama tiga jam atas sebab cuaca buruk.

Motorsports / 24h Nürburgring

Perlumbaan dimulakan semula dengan Marchy Lee memandu bermula dari petak ke-34. Lee dan Thong berganding bahu untuk merapatkan kedudukan di tempat ke-24, sebelum Thong dirempuh peserta lain di selekoh pertama. Yoong yang mengambil alih hanya sempat beraksi untuk dua pusingan sebelum terlibat dalam perlanggaran.

Previous post

Malaysia Championship Series: Lai Wee Sing Bermula Dari Petak Pertama

Next post

Pandu Uji Volkswagen Golf 1.4 TSI Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *