Gaya Hidup

Rohime Shafie Dilantik Sebagai Ketua Eksekutif Proton Edar

PROTON Holdings Berhad ( “PROTON”) mengumumkan pelantikan En. Rohime Shafie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd ( “PESB”), menggantikan En. Norzahid Bin Mohd Zahudi yang telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

 

Rohime Shafie sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan di PROTON. Beliau adalah seorang ahli daripada
Chartered Institute of Management Accountants UK, Certified Public Accountant Australia dan Malaysian Institute of
Accountants (MIA). Beliau berkelulusan MBA dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia.

 
Antara jawatan-jawatan penting yang pernah disandang dalam industri automotif termasuk Pengurus Besar di Automotive
Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Presiden di syarikat Honda Malaysia Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di DRB-Hicom Auto
Solution Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad, dan lain-lain lagi.

 
Dengan pengalaman selama 28 tahun dalam kedua-dua bidang kewangan dan automotif, beliau akan memainkan peranan
penting untuk memastikan peningkatan dari segi jualan di PESB dan penguasaan pasaran.

 
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ahmad Fuaad Mohd Kenali mengalu-alukan pelantikan Rohime. “Sekarang ini
merupakan waktu yang mencabar bagi PROTON dan pelantikan ini akan mengukuhkan lagi pengurusan di PESB demi
memperbaiki jualan dan penguasaan pasaran dengan memberi lebih tumpuan kepada memenuhi kehendak pelanggan.”

Previous post

Honda CR-V Kekal SUV Paling Praktik Dipasaran

Next post

Polperro Steak House @ Seksyen 7 Shah Alam #JejakMakanRoss 024

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *