Gaya Hidup

Ford Ranger Mempersembahkan: Built Ford Tough  

Ford Ranger Keluar Dari Makmal dan Beraksi dalam Satu Siri Dokumentari Baharu

Di sebalik bayang tiang-tiang konkrit di ibu kota; jauh di dalam hutan belantara; mengharung laluan-laluan kaki gunung yang sukar; kemudahan ujian 4×4 dengan takat air yang dalam: Apa jua cabaran yang ada di dunia ini, Ford Ranger baharu sentiasa bersedia.

Built Ford Tough, satu siri dokumentri dalam talian daripada Ford yang akan dilancarkan minggu depan menyaksikan pasukan kejuruteraan Ford menguji Ranger baharu dalam pelbagai kondisi yang meniru keadaan yang mungkin dialami oleh para pelanggan – dengan membawanya ke tahap jauh lebih ekstrem.

“Kami menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk menghasilkan Ranger baharu dan ia direka untuk bertahan dalam kondisi kegunaan yang luar daripada kebiasaan,” kata Ketua Jurutera Program untuk Ford Ranger, Ian Foston. “Untuk siri dokumentari ini, kami mengambil keputusan untuk membawa ujian-ujian ini ke satu tahap seterusnya dan lihat bagaimana Ranger mampu bertahan dalam kondisi paling ekstrem yang kita boleh bayangkan tanpa sebarang masalah.”

Satu pasukan krew penggambaran mengikuti para jurutera ke seluruh Thailand untuk mencari persekitaran paling mencabar, kemudian menguji empat elemen penting yang mendefinisikan keupayaan Ranger: ruang kargo, output kuasa tork, kemampuan menunda dan sistem penyejukan enjin. Pencarian tersebut membawa pasukan itu dari tapak pembinaan hub transit BTS Skytrain di Bangkok hinggalah ke kawasan pergunungan di utara sempadan Thailand, di mana laluan dan hutan belantara di sana sangat mencabar.

Episod 1: Jatuhan Berat 

ford2

Di tapak pembinaan tersebut, Ranger menjalani ujian beban berat merangkumi palet-palet kayu, tiub konkrit, beg simen dan besi yang dijatuhkan dari ketinggian 2.6 meter ke atas ruang kargo untuk menguji had maksimum kotak berkenaan.

Episod 2: Kelasakan Ketika Menunda

ford3

Di kuari batu kapur – ujian sehari suntuk dalam keadaan panas terik dan hujan lebat – pasukan jurutera Ford menguji Ranger bersama jentera pengangkut batu untuk melihat kemampuan menundanya. Ujian itu menggunakan geluncur besi tanpa roda yang direka untuk menunjukkan kuasa tarikan yang mengagumkan.

Episod 3: Air yang Dalam

ford4

Di kemudahan ujian kenderaan 4×4 yang terletak di hutan wilayah Kanchanaburi, ujian mengharung air yang ekstensif menunjukkan bahawa reka bentuk pintar Ranger baharu berjaya mengatasi cabaran yang boleh membuatkan trak pikap lain gagal mengharunginya. Pasukan jurutera menguji Ranger dalam pelbagai senario berbeza, daripada kelajuan tinggi pada kedalaman 800 hinggalah ruang kargonya dipenuhi beban.

Episod 4: Ketahanan 24 Jam  

ford5

Trek laluan dalam hutan yang melalui kawasan pergunungan di sempadan utara Thailand menjadi tapak ujian paling mencabar untuk sistem penyejukan Ranger. Sistem penyejukan itu direka dengan pintar untuk menguruskan tekanan RPM yang tinggi serta keperluan menunda dan menggangkut beban ekstrem dalam jangka masa yang lama – walaupun sehingga 24 jam tanpa henti.

“Kami meletakkan Ranger dalam pelbagai bentuk ujian sepanjang proses pembangunannya. Tetapi tidak sama seperti ujian Built Ford Tough ini,” kata Foston. “Memang terdapat momen-momen yang mendebarkan sepanjang mingu ini. Namun Ranger terus membuktikan bahawa ia sememangnya sebuah trak pikap yang sangat berkemampuan.”

Episod pertama Built Ford Tough akan melakukan debut pada 4 April di laman Facebook Ford Malaysia – langgan untuk menontonnya.

 

Previous post

Berapa Kerap Harus Servis Tayar? Gohed Gostan Ep.18

Next post

Tesla Model 3 Diperkenalkan Secara Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *