Gaya Hidup

Audi Persembahkan Konsep Mobility Connected di Beijing

Pada Auto China 2016 di Beijing, Audi membentangkan konsep mobiliti connected Audi, kereta konsep berdasarkan Audi Q3, SUV kompak bandar. Konsep ini menawarkan mobiliti sporty dan pelbagai fungsi untuk megacities dengan lalu lintas yang padat dan sekatan jalan raya

 

Kereta ini lengkap dengan Longboard pelbagai fungsi berkuasa elektrik, berukuran 1.05 meter panjang, disepadukan dalam bumper belakang kereta untuk kemudahan keluar masuk. Untuk memastikan kebolehgunaan kekal, peranti telah dicas secara automatik semasa dimuatkan di dalam kereta. Reka bentuk longboard premium ini termasuk bahan yang berkualiti seperti gentian karbon dan aluminium.

Audi 3

Sistem hiburan kereta dikaitkan dengan kalendar telefon pintar pengguna. Berdasarkan destinasi dan ketibaan dirancang masa itu, sistem akan menghitung cara mobiliti yang paling cepat berdasarkan data trafik semasa.

Sekiranya pilihan longboard adalah lebih cepat, sistem akan mengesyorkan ruang letak kereta berdekatan supaya pemandu boleh terus berulang-alik ke destinasi dengan longboard elektrik.

Audi 2

Longboard pelbagai fungsi ini mempunyai bateri yang tahan 12 kilometer dan boleh mencapai kelajuan maksimum 18 mph. Longboard ini boleh digunakan dalam tiga mod menunggang: ‘Scooter’, ‘Sport’ dan mod akhir yang menukarkan longboard kepada alat pengangkutan untuk bagasi atau beg membeli-belah. Ia juga boleh mengikuti pemiliknya secara automatik.

 

Previous post

Kilang Oxford Meraikan 15 Tahun Pengeluaran MINI

Next post

Ia Akan Mengambil Masa 10 Hari Untuk Mengecat Kereta Anda Bhg I - Gohed Gostan Ep. 20

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *