Konsep / Lakaran / Intipan

3M Malaysia Memperkenalkan 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm

3M Malaysia, peneraju dunia teknologi dan inovasi, hari ini memperkenalkan 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm, penambahan terkini dalam barisan produk 3M AutoFilm yang komprehensif. 3M Scotchshield™ Crystalline AutoFilm yang serba baru menawarkan ciri-ciri penghalang haba dan keselamatan yang unggul berbanding filem tradisional.

1. Impact Resistance Demo - Without Window Film

Semasa pelancaran, Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Elektronik & Tenaga 3M Malaysia, Ge Quee Ann berkata, “3M sentiasa menakrif semula industri filem cermin tingkap kenderaan. 50 tahun dulu, Filem Cermin Tingkap 3M telah merevolusikan penggunaan sains yang diterapkan di setiap rumah, setiap bangunan dan setiap kenderaan. Hari ini, portfolio filem cermin tingkap 3M yang luas menampilkan pelbagai produk untuk pasaran kediaman, komersil dan automotif.”

4. Impact Resistance Demo - With 3M Scotchshield Crystalline Security AutoFilm

Ge menambah, “Melihat kepada statistik kes pecah kereta yang membimbangkan di Malaysia, ciri-ciri keselamatan filem cermin tingkap menjadi sangat penting.Bagi memenuhi keperluan ini, kami dengan bangganya ingin menawarkan kepada rakyat Malaysia satu penyelesaian yang bukan sahaja memberikan kesan penolakan haba cahaya matahari tetapi juga mampu melambatkan dan menyukarkan jenayah pecah dan samun dengan berkesan.”

3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm adalah filem cermin tingkap setebal 4-mil (0.1mm) yang mempunyai kekuatan tensil (tegangan) sehingga 25,000 psi dan mempunyai ciri-ciri teknologi Multi-layer Optical Film (MOF) yang menggabungkan lebih 200 lapisan dalam satu filem; namun ianya lebih nipis berbanding Post-it® Note. Dengan setiap lapisan berfungsi menghalang gelombang tenaga solar yang berbeza, filem berkenaan memberikan 97% Penolakan Radiasi Infra Merah (IRR) dan sehingga 60% Penolakan Tenaga Solar Keseluruhan (TSER).

5. Impact Resistance Demo - With 3M Scotchshield Crystalline Security AutoFilm

Selain daripada keupayaannya menghalang haba yang tinggi, 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm turut direka bagi memberikan perlindungan keselamatan yang terbaik kepada pemandu serta penumpang kenderaan. 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm berupaya menampung kaca yang pecah pada lapisan filem keselamatan yang mempunyai bahan pelekat bagi mengurangkan risiko kecederaan dan menyukarkan usaha memecah masuk kenderaan.

Sebagai tambahan, 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm turut mengekalkan segala manfaat 3M AutoFilm yang dihargai oleh pengguna seperti 99.9% Perlindungan Ultraungu (UVR) dengan tahap keberkesanan Faktor Perlindungan Solar (SPF) lebih 1,000. Perlindungan UV berkenaan mampu mengurangkan rekahan serta kelunturan pada kemasan kenderaan, upholsteri dan karpet, sambil melindungi pemandu serta penumpang kenderaan dari sinar UV yang merbahaya.

6. 3M Scotchshield Crystalline Security AutoFilm

Direka bagi mengekalkan keadaan kenderaan anda, 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm membenarkan 69% Pancaran Cahaya Kelihatan (VLT) dan dihasilkan sebagai filem tanpa pewarna, maka tiada risiko untuk filem itu menjadi luntur atau bertukar menjadi ungu. Selain daripada itu, filem ini juga tidak mengandungi bahan logam, membolehkan pemandu serta penumpang kenderaan menggunakan peranti mudah alih dan sistem GPS tanpa sebarang gangguan elektronik.

3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm kini boleh didapati di Pusat AutoFilm Kereta 3M yang diiktiraf  dan ianya didatangkan dengan e-Jaminan selama lima tahun yang melindungi penggantian filem akibat pembentukan gelembung, mengelupas atau lepuhan (tidak termasuk cermin pecah), serta 100% bahan dan upah pekerja.

8. Heat Rejection Demo

Bagi meraikan pelancaran 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm, 3M Malaysia menawarkan harga promosi bermula dari RM2,880 kepada 100 pelanggan pertama. Sila isi borang pendaftaran atas talian dengan melayari www.3mautofilm.com/my. Notis pengesahan akan dihantar jika permohonan anda terpilih.

Pelanggan yang memasang siri terpilih 3M AutoFilm pada kereta mereka mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2016 boleh mengambil bahagian dalam promosi ‘Tint & Win with 3M AutoFilm’ dan berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone 6s atau Penapis Air 3M AP DWS 1000. Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan butiran mengenai pertandingan, sila layari www.3mautofilm.com/my

Previous post

Ford GT Online Configurator Kini LIVE!

Next post

Ford Ranger Dipandu Mengharungi Salah Satu Pengembaraan Off-Road Paling Sukar Sabah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *