Berita Auto

Ford Everest Terima Penarafan Keselamatan Lima Bintang

Ford Motor Company hari ini mengumumkan bahawa SUV Everest baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN NCAP. Ia berjaya mencatat skor tertinggi dalam segmennya untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dengan 15.38/16 mata.  Everest turut menerima penarafan empat bintang dari segi Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) apabila mencapai piawaian sebanyak 81 peratus.

“Aspek keselamatan merupakan antara keutamaan paling tinggi dalam penghasilan kenderaan kami. Jadi, kami sangat berbesar hati apabila Ford Everest baharu menerima penarafan maksimum lima bintang daripada ASEAN NCAP,” kata Presiden Ford ASEAN, Mark Kaufman. “Ford Everest baharu membuktikan komitmen Ford untuk memenuhi dan melangkaui ekspektasi pelanggan yang mahukan SUV saiz sederhana lebih pintar, selamat dan berkeupayaan.”

Diketuai oleh pasukan reka bentuk dan pembangunan produk Ford Asia Pasifik, Everest baharu direka dari awal untuk menawarkan tahap perlindungan penumpang yang tiada tandingan menerusi sistem keselamatan aktif dan pasif, serta beberapa ciri pintar yang pertama dalam kelasnya. Rangkaian teknologi ini turut menambah baik pengalaman pemanduan di atas jalan biasa dan off-road. Selain membantu melindungi pengguna jalan raya yang lain.

Melihat kepada struktur badannya, Everest serba baharu hadir dengan rekaan badan di atas kerangka yang memastikan ketegaran kilasan (torsional) yang diperlukan ketika melalui laluan mencabar. Electronic Stability Control (ESC) dan Roll Stability Control (RSC) merupakan dua teknologi penting yang membantu memberikan pemandu Everest keyakinan serta ketenangan minda di laluan biasa mahupun off-road.

ESC memastikan ciri Hill Descent Control, salah satu ciri penting Everest ketika di laluan off-road berfungsi. Ciri Emergency Brake Assist, Trailer Sway Control dan Curve Control (pertama dalam kelasnya) memanfaatkan sistem ESC bagi membantu pemandu supaya terus dapat mengawal kenderaan apabilla tersilap membuat anggaran jarak di jalan raya.

SUV ini juga dipasang dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD). Tidak ketinggalan, Model yang diuji ini dilengkapi enam beg udara dan cagak tempat duduk kanak-kanak, ISOFIX.

Everest baharu dihasilkan di kilang Ford AutoAlliance Thailand di Rayong, Thailand. Ia bakal  dilancarkan ke pasaran Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Previous post

Toyota Dedah Slogan Baru

Next post

PROTON Perkenalkan Rupa Dan Pengalaman Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *