Berita Auto

PROTON Perkenalkan Rupa Dan Pengalaman Baru

PROTON Holdings Berhad ( “PROTON” atau “Syarikat”) hari ini berkongsi janji baru kepada pelanggan, memasuki era baru selepas 30 tahun pembelajaran, pemerolehan teknologi dan penyumbangan semula kepada pertumbuhan negara.

Dato' Abdul Harith Abdullah - Chief Executive Officer of PROTON

Syarikat sedar angka jualan semakin berkurangan dan bahagian pasaran yang lebih kecil. Walau bagaimana pun ia akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk meningkatkan persepsi jenama oleh pasaran. Memandangkan keadaan ini, PROTON mengambil langkah berani untuk retransformasi / menjenamakan semula, sebagai langkah untuk mennjauhkan dirinya dari persepsi pasaran yang tidak menggalakkan itu. Langkah ini juga akan dapat melihat wajah yang lebih segar diberikan kepada logo korporat yang sedia ada dan keseluruhan pengalaman baru kepada pelanggan Proton.

PROTON NEW LOGO

Bagi memenuhi permintaan daripada lebih 3 juta pemilik kereta Proton, PROTON bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan, aduan utama yang ketara dari pelanggan. PROTON juga bertujuan untuk memberi pengalaman yang lebih baik kepada pemilik Proton dengan mengaturkan aktiviti-aktiviti dan sesi pertemuan dengan pelanggan sedia ada dan berpotensi.

Brief by Dato' Abdul Harith Abdullah-Chief Executive Officer of PROTON

Antara inisiatif untuk meningkatkan perkhidmatan adalah:

Perkhidmatan 7 hari seminggu di 50 cawangan perkhidmatan Proton di seluruh negara untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan yang tidak dapat menghantar kereta mereka pada hari minggu, Pick-up dan perkhidmatan penghantaran di Lembah Klang yang melibatkan empat (4) cawangannya -. Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya ini dilakukan untuk menggalakkan pelanggan sekitar 5km daripada pusat servis untuk kereta mereka diambil dan diservis oleh kedai-kedai ini yang terletak di kawasan trafik yang tinggi.

Menambahkan kereta ihsan. Program My Taxi dimana sehari khusus untuk membantu pemandu teksi servis kereta mereka dengan lebih cekap dengan pakej istimewa yang ditawarkan. Proton Mobile Breakdwon Assist 24 jam.  Bay servis cepat 80 minit  dan lain-lain lagi.

“Dari segi penglibatan dengan pelanggan, PROTON melancarkan kempen-kempen  ‘It’s In The Drive’, ‘It’s In The Design’,  ‘It’s In The Performance’, ‘It’s In The Safety’,  danIt’s In The Quality’.

Mereka yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol, 1800-888-398.

PROTON Mobile Assist

 

Previous post

Ford Everest Terima Penarafan Keselamatan Lima Bintang

Next post

Mercedes Akan Melancarkan C-Class Convertible

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *