Konsep / Lakaran / Intipan

Sudahkah Apple Lebih Kurang Mengesahkan Projek ‘iCAR’?

Apple amat berdiam diri mengenai topik ‘Apple Car’ atau lebih dikenali sebagai Projek Titan – tetapi bukti baru lebih kurang telah mengesahkan khabar angin bahawa kendaraan itu sebenarnya wujud.

Macam mana kami tahu? Kami dapat tahu yang Apple baru sahaja mendaftar domain internet berikut:

apple.car, apple.cars, apple.auto

URL ini telah didaftarkan melalui MarkMonitor Inc akhir tahun lalu, tetapi domain kekal tidak aktif. Maksudnya mereka mungkin menyimpannya untuk kegunaan kemudian hari untuk sesuatu yang istimewa. Walau bagaimana pun janganlah mengharap sangat apa-apa pengumuman buat masa ini. Ramalan paling awal untuk ‘iCAR’ ialah mungkin sekitar 2019.

 

Previous post

ETCM Lancar Kempen Tahun Baru Cina 'Drive To Prosperity'

Next post

Mercedes-Benz Capai Rekod Jualan Lima Tahun Berturut-turut

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *