Gaya Hidup

ETCM Lancar Kempen Tahun Baru Cina ‘Drive To Prosperity’

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) meraikan ketibaan tahun Monyet (Fire Monkey) menerusi kempen Tahun Baru Cina ‘Drive to Prosperity’. Melalui kempen ini yang akan berlangsung pada bulan Januari hingga Tahun Baru Cina ini, ETCM akan menghadiahkan perkakasan elektrik dan rumah jenama SHARP bernilai lebih RM128,888 kepada pemenang bertuah.

Kerjasama di antara ETCM dan SHARP-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) itu memberi peluang kepada para pelanggan yang membeli serta mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan semasa kempen promosi ini untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang perkakasan elektrik SHARP bernilai sehingga RM13,888. Sementara pemenang hadiah kedua dan ketiga pula bakal menerima perkakasan rumah SHARP bernilai RM10,888 dan RM8,888. Seramai 10 orang pemenang hadiah saguhati akan menerima hadiah sama bernilai RM3,888.

Bukan itu sahaja, para pelanggan yang menempah sebuah kenderaan Nissan akan menerima baucar SHARP bernilai RM200 untuk pembelian SHARP Cloud SmartHome System – satu sistem keselamatan rumah inovatif yang membolehkan pemilik untuk memantau serta mengawal kediaman masing-masing menggunakan peranti pintar.

“Ketika kita mengalu-alukan kedatangan tahun 2016, ETCM berbesar hati untuk bekerjasama dengan SHARP, jenama perkakasan rumah dan elektrik terkenal dari Jepun. Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan hadiah-hadiah untuk rumah mereka, sama ada yang berbentuk keperluan atau kemewahan. Apa pun, tiada apa yang lebih menggembirakan daripada sebuah kereta baru serta peluang menghias rumah untuk menyambut Tahun Baru yang lebih berjaya,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

SRSSC merupakan bahagian pemasaran Kumpulan SHARP di Malaysia. Ia bertanggungjawab atas aspek jualan, pemasaran dan promosi semua produk SHARP di Malaysia. Produk SHARP merangkumi TV LCD, perkakasan rumah, peralatan automasi pejabat, penyelesaian dokumen dan sistem kuasa photovoltaic.

Keseronokan sambutan Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan Karnival Pandu Uji Nissan di beberapa cawangan utama ETCM di seluruh negara. Pelbagai model Nissan tersedia untuk dipandu uji pada karnival berkenaan. Tidak ketinggalan, tawaran-tawaran Tahun Baru Cina yang merangkumi rebat angpow, tawaran tukar milik tiada bandingan, pakej pembiayaan inovatif serta hadiah-hadiah istimewa yang lain.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah ETCM adalah seperti berikut:

i.         Jadual Karnival Pandu Uji

Tarikh Wilayah Lokasi
16 – 17 Jan Utara ETCM Bayan Lepas
Tengah ETCM Glenmarie
Selatan ETCM Johor Jaya
Sabah ETCM Kota Kinabalu
Sarawak ETCM Kuching
23 – 24 Jan Pantai Timur ETCM Kuantan

ii.         Jadual Siri Jelajah 

Tarikh Wilayah Lokasi
6 – 10 Jan Tengah 1 Utama Shopping Center
6 – 10 Jan Utara Village Mall Sungai Petani
8 – 10 Jan Sarawak Permaisuri Imperial City Mall
10 – 16 Jan Pantai Timur Tesco Kota Bharu
13 – 17 Jan Tengah Mid Valley
15 – 17 Jan Sabah Kompleks Karamunsing
22 – 24 Jan Sarawak Viva City Megamall
29 – 31 Jan Selatan Mydin Seremban 2

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

 

Previous post

Cendol Taiping @ Bismillah Cendol, Jalan Barrack, Taiping #JejakMakanRoss 013

Next post

Sudahkah Apple Lebih Kurang Mengesahkan Projek 'iCAR'?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *