Berita Auto

Proton Melawan Balik

Pautan web secara langsung antara Pusat Teknikal Ricardo Shoreham  di UK, dan ibu pejabat Proton di Shah Alam, Malaysia, telah digunakan pada hari Isnin 18 Januari 2016 untuk sambutan bersama ‘penghidupan pertama’  prototaip inovatif keluarga  enjin baru bersedia untuk menerajui fasa seterusnya dalam pertumbuhan pembuat kereta Malaysia.

Proton-Preve

 

Enjin prototaip yang secara rasmi dihidupkan buat kali pertama pada majlis itu, adalah hasil daripada reka bentuk dan pembangunan kerjasama Ricardo yang bermula pada April 2015. Ia adalah yang pertama daripada keluarga enjin tiga dan empat silinder  baru Proton – termasuk varian turbocharged gasoline direct injection (TGDI) – yang telah dirancang untuk pelancaran ke pasaran bermula pada tahun 2017.

Proton-Iriz

Unit kuasa padat ini telah direka dari awal lagi untuk bersesuaian dengan peraturan Euro 6c, menyediakan peluang yang penting bagi Proton untuk membangunkan kedudukannya di UK dan lain-lain pasaran EU.

 

 

 

Proton-Saga

 

Kecekapan bahan api, pemanduan, keberkesanan kos dan kemudahkan perkhidmatan diambil kira bila mereka bentuk enjin baru Proton ini. Dengan menggunakan teknologi sistem pembakaran Ricardo yang terbukti, enjin keluarga baru ini akan menyediakan ciri tork kelajuan rendah menawarkan kedua-dua pengalaman pemanduan yang bermanfaat dan ekonomi bahan api yang cemerlang. Reka bentuk enjin menawarkan  pemanasan cepat yang didasarkan kepada falsafah geseran yang rendah secara keseluruhan. Pada masa yang sama, ia telah direka dengan blok besi tuang kos efektif, membolehkan Proton menggunakan fasiliti pengeluaran yang sedia ada, dan memaksimumkan penggunaan part-part dan pemasanagan yang sama untuk seluruh keluarga enjin baru ini.

Proton-SuprimaS

Prototaip pertama enjin keluarga baru merupakan varian 4 silinder 1.5 TGDI telah dihidupkan dari jauh oleh Yang Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton Holdings, yang merupakan antara kira-kira 200 orang yang menghadiri sambutan di Malaysia.

 

Proton-SuprimaS1

Previous post

Honda Malaysia Pembikin Kereta Bukan Nasional No.1 Negara 2015

Next post

Kain Lestari Ford di Minggu Fesyen Hong Kong

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *