Berita Auto

Honda Malaysia Pembikin Kereta Bukan Nasional No.1 Negara 2015

Honda Malaysia mencatatkan jualan tertinggi yang pernah dicapai dengan 94,902 unit untuk 2015 terus menjulang Syarikat ke kedudukan No. 1 Jenama Bukan Nasional dari segi unit terjual buat kali pertama dalam sejarah.

Honda-Jazz-Red-2

Jualan keseluruhan bagi 2015 meningkat sebanyak 22% berbanding dengan 77,485 unit yang dicatatkan pada tahun 2014. City, model terlaris Honda Malaysia, menyumbang peratusan tertinggi dengan 40% daripada keseluruhan jualan yang direkodkan. Ini diikuti oleh HR-V dan Jazz dengan sumbangan 21% dan 18%  kepada jumlah jualan masing-masing. City, Jazz, HR-V dan CR-V juga mengekalkan kedudukan mereka dalam segmen masing-masing pada tahun 2015.

Honda-HR-V

 

Dengan permulaan yang berinspirasi sebegini untuk 2016, Honda Malaysia komited untuk terus memperkenalkan produk-produk menarik untuk pasaran Malaysia dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang dihargai dikesemua 87 pengedar di seluruh negara.

 

Honda CRV

 

Previous post

Nissan X-Trail Kini Berwarna Merah Sempena Tahun Baru Cina

Next post

Proton Melawan Balik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *