Berita Auto

Hujung Minggu BMW Premium Selection:

Tawaran Istimewa Dan Faedah Terbaik Pada Hujung Minggu Ini Sahaja.

Hujung Minggu BMW Premium Selection (BPS) yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini (9 – 10 Januari 2016) bakal menawarkan satu rangkaian eksklusif kenderaan terpakai yang diluluskan oleh pengeluar kenderaan premium, BMW. Ia turut disokong oleh Program Jaminan BMW Group Malaysia yang mendahului industri serta program pertukaran (trade-in) dan pembiayaan istimewa demi melengkapkan lagi Pengalaman Premium memiliki sebuah kenderaan BMW.

Pembelian dan pemilikan kenderaan terpakai daripada BPS hadir bersama Program Jaminan BMW, minimum selama setahun atau perbatuan sehingga 200,000km. Ia juga lengkap dengan pemeriksaan terperinci dan sejarah kenderaan yang telah disahkan. Bukan itu sahaja, BPS juga menawarkan Bantuan Tepi Jalan BMW, satu lagi perkhidmatan yang mendahului industri di Malaysia. Bantuan itu akan memastikan kenderan BMW anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa. Sementara Keahlian BMW WhiteCard yang eksklusif pula membawakan kepada anda gaya hidup, membeli-belah, menikmati hidangan dan pengalaman premium hasil tawaran daripada rakan-rakan niaga BMW Group Malaysia.

Program-program pembiayaan khas ada ditawarkan pada hujung minggu ini oleh BMW Credit Malaysia. Ini termasuklah pelan pembiayaan 0% untuk BMW 218i Active Tourer (transmisi manual sahaja). Di samping pelan bayaran bulanan bermula daripada RM2,198 untuk model-model terpilih.

Lokasi-lokasi Hujung Minggu BMW Premium Selection adalah seperti berikut:

Lokasi Alamat
Sime Darby Auto Selection 3A, Persiaran Kerjaya, Section U1, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
Sime Darby Auto Selection 362, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Ingress Auto 2779, Jalan Damansara, Sungai Pencala, 60000 Kuala Lumpur
Quill Automobiles Ground Floor Quill 9, 112, Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Wheelcorp Premium No 1, Jalan Setia Murni AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Tian Siang Premium Auto Lot 6235, Jalan Baru, 13700 Perai, Pulau Pinang

Maklumat lanjut mengenai Hujung Minggu BMW Premium Selection, sila layari laman web: http://www.bmw.com.my/bpsweekend/.

Previous post

Edaran Tan Chong Motor Perkenalkan Nissan X-Trail Talaan Impul

Next post

Prestasi Tesla Amat Baik Untuk Tahun 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *