Berita Auto

‘Ford CNY Promo’

Ford dan pengedar tempatan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan ‘Ford CNY Promo’ untuk memulakan sambutan Tahun Baru Cina. Promosi ini menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 untuk kenderaan-kenderaan Ford terpilih dari sekarang hingga 31 Mac.

‘Ford CNY Promo’ akan membolehkan pelanggan memandu pulang didalam Ford kegemaran mereka dengan rebat tunai yang menarik; sehingga RM10,000 untuk Fiesta sporty, sehingga RM5,000 untuk EcoSport compact urban SUV dan sehingga RM3,000 untuk Kuga SUV yang bergaya.

FORD_CTK_A1_2

Ford turut menawarkan promosi servis istimewa kepada pelanggan dari sekarang sehingga 15 Februari.

Mana-mana pemilik Ford yang membawa kenderaan mereka kepada pengedar Ford untuk servis akan menerima pemeriksaan kenderaan 27 point percuma oleh juruteknik Ford yang sah. Ford juga menawarkan 10-20 peratus diskaun labour dan parts untuk pakej-pakej servis yang paling popular mereka, dan pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM300 akan menerima barangan eksklusif Ford.

Tambahan pula, sesiapa yang menguji pandu kenderaan Ford baru dari 16-24 Januari berhak menerima boot organiser kereta percuma, dan mereka yang membuat tempahan dalam tempoh ini juga akan menerima payung Ford dan  cangkuk kerusi berguna / organiser. Dalam tempoh yang sama, Ford juga mengangjur  pertandingan  ‘Count The Kam’ yang menyeronokkan .

TC_PressAd_all__W33xH27cm(ENG)

Untuk memenangi 200,000 AirAsia Big Points dan hadiah-hadiah lain, peminat Ford boleh melawat SDAC PJ2Showroom dan teka bilangan limau mandarin yang didalam EcoSport, ambil gambar selfie dengan kenderaan, dan muat naik ke laman Ford Malaysia Facebook di www.facebook.com/FordMalaysia. Tekaan juga boleh dibuat dengan melihat gambar-gambar yang dimuat naik.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Ford CNY Promo’, sila layari www.ford.com.my atau  hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di 1800 38 3181.

 

Previous post

Perodua Merangkumi 36.2% Segmen Kenderaan Penumpang

Next post

Pengeluaran Ford Focus RS Bermula di Jerman

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *