Gaya Hidup

Persijilan Juruteknik Pakar Volkswagen Malaysia  

Volkswagen Malaysia baru-baru ini menamatkan Latihan Selepas Jualan anjurannya. Seramai 15 juruteknik telah menerima persijilan Juruteknik Pakar, sementara 22 orang lagi menerima sijil Juruteknik Kecekapan Diagnostik.

Volkswagen Malaysia mempunyai Latihan Kelayakan Servis dalaman yang ekstensif serta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bukan teknikal, teknikal dan alat ganti. Sukatan pelajarannya diambil dari Jerman sebagai standard latihan global untuk semua raangkaian Volkswagen bagi memastikan kualiti penyelenggaraan dan pembaikan adalah konsisten.

Latihan kelayakan Servis Teknikal merangkumi beberapa tahap penilaian teori dan praktikal. Persijilan Master Technician mengambil masa selama dua tahun setengah untuk disempurnakan. Persijilan Kecekapan Diagnostik juga tidak kurang pentingnya berbanding Persijilan Juruteknik Pakar. Peranan Juruteknik Diagnostik adalah melakukan diagnostik dan menyelesaikan apa jua masalah elektrikal yang wujud pada kenderaan bagi memastikan pembaikan yang betul dibuat. Persijilan ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditamatkan.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Para pelanggan adalah keutamaan kami. Melabur ke atas infrastrukrur, kakitangan dan latihan yang betul merupakan salah satu cara kami boleh menambah baik penawaran dan meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya. Volkswagen Malaysia akan terus berusaha untuk menambah baik seluruh pengalaman pemilikan para pelanggan.”

Sebagai sebahagian daripada usaha Volkswagen Malaysia untuk menambah baik aspek selepas jualan, ia akan terus membangunkan dan melatih Jurutektik Pakar dengan matlamat seorang juruteknik itu bertugas di setiap pengedar di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Previous post

Ford Thailand Berkembang

Next post

Ford dan Corning Perkenalkan Teknologi Cermin Utama Gorilla Glass Hybrid 

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *