Berita Auto

Ford dan Corning Perkenalkan Teknologi Cermin Utama Gorilla Glass Hybrid 

 

  • Teknologi cermin utama hibrid Corning® Gorilla® Glass© yang pertama dalam kelasnya merupakan satu inovasi pengurangan berat dan akan melakukan debut pada model  Ford GT serba baharu. Ia dapat mengurangkan berat lebih 12 pounds  yang pastinya memberi impak positif dari segi pecutan, penjimatan bahan api dan brek.

 

  • Diinspirasikan daripada kemajuan dalam industri barangan elektronik pengguna, cermin hibrid setebal tiga lapis itu terdiri daripada Corning Gorilla Glass untuk tujuan automotif, thermoplastik serta aplikasi kaca sepuh lindap (annealed)

 

  • Cermin utama Gorilla Glass adalah lebih nipis berbanding kaca laminasi tradisional. Ia mampu meningkatkan kualiti pengendalian Ford GT dengan merendahkan titik graviti kenderaan tersebut

 

All-New Ford GT bird's eye view, January 2015

 

Apa yang bermula sebagai konsep teknologi ringan, kini ia akan menjadi satu realiti untuk pelanggan Ford GT apabila supercar serba baharu itu bakal menggunakan cermin utama   Corning® Gorilla® Glass© buat kali pertamanya. Cermin yang tahan lasak dan tahan calar itu adalah 30 peratus lebih ringan berbanding kaca tradisional.

 

Dibangunkan oleh Ford dan Corning, cermin hibrid Gorilla Glass akan digunakan sebagai cermin utama dan penutup enjin belakang Ford GT. Ia dikatakan dapat menyumbang kepada aspek pengendalian, menambah baik penjimatan bahan api dan mengurangkan risiko kaca daripada pecah.

 

“Gorilla Glass hibrid merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana Ford bekerjasama dengan para pembekal untuk menghasilkan inovasi ke atas  semua bidang perniagaan kami,” kata Naib Presiden Pembelian Global Kumpulan Ford, Hau Thai-Tang. “Ford GT telah menetapkan satu standard baharu dari segi inovasi menerusi prestasi dan pengurangan berat. Kami amat teruja untuk meneroka aplikasi-aplikasi lain teknologi hebat ini.

 

Apabila ditugaskan untuk membangunkan aplikasi material kenderaan yang ringan dan canggih, pasukan Ford menghubungi Corning, peneraju dalam penghasilan material-material saintifik. Corning bertanggungjawab memperkenalkan Gorilla Glass yang ringan dan tahan lasak ke pasaran elektronik pada tahun 2007. Teruja untuk terus meneroka potensi aplikasi automotiif, Ford meminta Corning membantunya dalam aspek penyelidikan serta membangunkan satu formulasi unik untuk cermin kenderaan.

 

Sebaik sahaja teknologi ini dikaji untuk kegunaan konsep supercar Ford, pasukan ini menyedari bahawa terdapat aplikasi dunia sebenar untuk kaca hibrid yang baru.  Sebuah pasukan kecil dan cukup berdedikasi yang terdiri daripada jurutera serta telah  pegawai pemerolehan dari Ford dan Corning mempercepatkan teknologi ini bagi membolehkan ia boleh diperkenalkan dengan pantas. Dalam tempoh empat bulan, mereka berjaya mendapatkan kelulusan untuk program tersebut.

 

“Kejayaan kolaborasi ini adalah salah satu sebab kami menggunakan sumber-sumber R&D untuk membangunkan inovasi-inovasi baharu dan menyelesaikan masalah-masalah yang sukar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Corning Incorporated, Wendell Weeks. “Ford mengenal pasti nilai teknologi inovatif yang ringan ini. Justeru, ia menawarkan sumber yang signifikan bagi membolehkannya diluluskan untuk aplikasi pengeluaran dengan pantas. Kami bekerjasama dengan Ford untuk membangunkan kaca yang mampu bertahan dalam ujian ketahanan selama beribu-ribu jam dan kini ia digunakan pada sebuah kenderaan keluaran Ford. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan teknologi hebat ini ke pasaran.”

 

Gorilla Glass hibrid

Cermin utama tradisional yang dilaminasi terdiri daripada dua lapisan kaca sepuh lindap yang dilekatkan pada antara lapisan termoplastik yang jernih. Mula diperkenalkan di Amerika oleh Henry Ford, teknologi ini telah digunakan dalam industri automotif selama hampir satu abad.

 

Kaca hibrid baharu ini menggunakan pendekatan multi lapisan – panel tetingkap gred automotif yang diperkukuhkan bertindak sebagai satu lapisan dalaman yang kuat. Satu lapisan termoplastik termaju yang menyerap bunyi diletakkan di tengah-tengah. Manakala kaca sepuh lindap bertindak sebagai lapisan di bahagian luar. Hasilnya, cermin utama dan penutup enjin belakang ini dikatakan 32 peratus lebih ringan berbanding model pesaingnya.

 

“Sepanjang tempoh pembangunannya, kami telah mencuba banyak variasi kaca yang berbeza. Kami akhirnya berjaya menemui satu kombinasi yang ringan dan tahan lasak yang diperlukan untuk kaca luaran kenderaan,” kata Jurutera Badan Luaran Kenderaan Ford, Paul Linden. “Kami sebenarnya belajar secara lawan intuitif. Lapisan luaran cermin utama yang diperkuatkan adalah kunci kepada kejayaan kaca hibrid ini.”

 

Laminasi kaca Gorilla Glass hibrid ini dianggarkan 25 hingga 50 peratus lebih nipis. Ia juga dikatakan mempunyai kekuatan yang sama atau lebih bagus berbanding laminasi tradisional. Ketebalan kaca laminasi tradisional bermula daripada empat hingga enam millimeter. Sedangkan ketebalan laminasi kaca Gorilla Glass hibrid bermula dari tiga hingga empat millimeter sahaja.  Pengurangan tebal yang signifikan ini sememangnya mengurangkan berat pada setiap panel. Malah, kaca ini juga lebih tahan lasak berikutan penggunaan proses pengurangan pencemaran, pengukuhan bahan kimia, rawatan bahagian bucu dan binaan laminasi yang unik.

All-new Ford GT--Innovation through Performance, January 2015

Previous post

Persijilan Juruteknik Pakar Volkswagen Malaysia  

Next post

Video Pembangunan E-Class 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *