Berita Auto

Bilik Pameran Renault Baharu Dibuka Di Seremban

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal untuk kereta Renault di Malaysia, hari ini mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran peniagaan Renault yang baru di Seremban.

Terletak di lokasi strategik di sebuah bandar baru di Seremban di Jalan Era Square 2, Era Square, pusat 1S baru dibina mengikut pelan perkembangan strategik TC Euro Cars untuk mengukuhkan kehadiran jenama Renault di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.

New Renault showroom in Seremban_1

 

Dikendalikan oleh AJ Premium Motors, pusat Renault 1S baru akan memaparkan dan menjual Renault Captur Urban Crossover yang baharu dilancarkan dan Clio GT Line hot hatch yang bergaya dan sporty. Untuk memastikan bahawa pelanggan di rantau ini menerima pengalaman dan perkhidmatan  selepas jualan yang terbaik, TC Euro Cars akan menggunakan kekuatan rangkaian selepas jualan Tan Chong Group. Pelanggan di rantau ini boleh mendapat dapat perkhidmatan kereta Renault mereka di pusat perkhidmatan Tan Chong (atau Tan Chong Ekspres Auto Servis)  yang terletak di sepanjang Jalan Lombong Emas 6 di Taman Perindustrian Ringan Seremban, yang terletak kira-kira 5 km dari Showroom baharu ini.

Bilik pameran baru Renault ini dibuka 9:00-06:00, Isnin hingga Sabtu dan 11:00-05:00 pada hari Ahad. Waktu operasi bagi pusat perkhidmatan Tan Chong 8:30-05:00 dari hari Isnin hingga Ahad.

New Renault CLIO GT LINE now available at showrooms

New Renault CLIO GT LINE_Signature Malta Blue colour

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault Captur, sila layari www.captur.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault Clio GT Line, sila layari www.renaultclio.com.my/gtline.

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Previous post

Kereta Paling Bersejarah Ferrari Di Satu Track Dengan Peminat

Next post

Ford Ranger Baharu: Teguh Tapi Senyap

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *