Gaya Hidup

Pasukan VW WRC Perkenalkan Polo Trophy di KL

Sebelum memulakan saingan di pusingan rali di Australia, pemandu Kejohanan Rali Dunia Volkswagen, Jari-Matti Latvala dan pembantunya Miikka Anttila singgah sebentar di sini.

Baru sahaja mencatatkan kemenangan satu-dua-tiga di kampung halaman Volkswagen, Latvala dan Anttila berada di Kuala Lumpur untuk bertemu peminat, serta melancarkan Polo Trophy edisi terhad yang dihasilkan sempena kejayaan Volkswagen dalam arena Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Di litar tersebut, pasangan yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas rakan sepasukan Sebastian Ogier dan Julien Ingrassia dalam perlumbaan Rali Jerman itu bersaing menggunakan model Polo R WRC. Ia merupakan sebuah Polo biasa yang telah menerima penambahbaikan dari segi teknikal dan kosmetiknya.

Latvala dan Anttila disambut oleh Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller yang menyampaikan ucapan tahniah atas pencapaian yang mengagumkan itu. Mereka kemudian melancarkan Polo baharu yang dipertingkatkan dengan pelekat pada bahagian sisi dan bonet. Di samping spoiler belakang yang diinspirasikan daripada sukan berkenaan. Polo Trophy turut dilengkapi sistem navigasi setelit, filem tingkap dan cermin sisi yang kontras.

“Minggu Polo Rally pada hari ini amat penting buat pasukan. Memang hebat apabila dapat berkongsi sisi lain jenama ini dengan anda semua.  Volkswagen mempunyai sejarah penglibatan yang panjang dalam banyak platform rali sejak bertahun-tahun lamanya.

Leona Chin and Jari-Matti Latvala before their gymkhana challenge

“Kejohanan Rali Dunia adalah salah satu daripadanya. Kami juga konsisten dalam mencatat keputusan di podium pada kebanyakan rali beberapa tahun kebelakangan ini. Bulan lalu merupakan tempoh yang hebat buat Volkswagen di Rallye Deutschland, di mana ketiga-tiga pasukan WRC kami berjaya menduduki podium.

“Kami bangga dengan kehadiran Jari-Matti Latvala dan Miikka Anttila dalam majlis pelancaran edisi terhad Polo Trophy yang direka khas untuk rakyat Malaysia serta para peminat WRC ini,” kata Keller pada majlis pelancaran yang diadakan di Setia City Convention Centre.

Latvala dan Anttila yang berjaya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Rali Jerman selepas rakan sepasukan Sebastian Ogier and Julien Ingrassia memperkenalkan kereta ini dalam gaya yang cukup menarik menerusi lompatan tanjakan yang hebat; pertama kali untuk sebuah Polo produksi biasa di sini.

Latvala juga memberi pengalaman berharga kepada 60 orang tetamu bertuah termasuklah rakan media, pelanggan dan pemenang peraduan Facebook Volkswagen. Pemandu berusia 30 tahun itu membawa mereka semua merasai aksi pemanduan tepat dan belokan pantas yang mendebarkan di sekitar litar menggunakan  Polo biasa.

Sebelum beredar, Latvala – yang kini berada di ranking ke-2 dalam arena WRC menyahut cabaran ratu drift, Leona Lim. Cabaran itu menjadi viral  di laman Facebook Liona seminggu sebelum Latvala tiba di Malaysia.

Cabaran catatan masa (time attack) ini menyaksikan mereka berdua bersaing sengit di litar gymkhana. Mereka nyata bersungguh-sungguh untuk membuktikan siapakah yang boleh memandu Polo dengan lebih baik dan laju.  Walaupun cabaran itu dimenangi oleh Latvala, Liona tetap berpuas hati dan rasa seperti seorang pemenang kerana berpeluang berlumba dengan juara rali 14 kali itu.

Acara ini diteruskan sepanjang hujung minggu untuk orang ramai mengunjunginya. Mereka boleh menaiki kenderaan yang dipandu oleh dua orang drifter wanita terkenal Malaysia – Chin dan Azrina Jane Abdullah. Pengunjung boleh melihat secara dekat Polo Trophy yang baru dilancarkan dan terhad kepada hanya 100 unit sahaja. Ia ditawarkan pada harga RM89,888 seunit sehingga stok masih ada. Peminat jentera rangkaian model berprestasi tinggi tinggi Volkswagen bakal menikmati penjimatan sehingga RM30,000 apabila membeli Golf GTI, Golf R dan Scirocco R hingga 30 September 2015.

Volkswagen WRC drivers Jari-Matti Latvala, Miikka Anttila and Mr Armin Keller, Managing Director of Volkswagen Group Malaysia launching the Polo Trophy

Previous post

Aston Martin DB9 GT Edisi Bond

Next post

Perodua Merasmikan Cawangan Perdananya Di Perodua Sentral PJ

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *