Gaya Hidup

Shell Berjaya Kutip RM700k Untuk Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Terima kasih kepada kebaikan pemandu Malaysia, Shell telah berjaya mengumpul RM700,000 untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam tempoh tiga hari dari kempen “balik kampung”, yang digelar “Pump 14, 16, 18”. Shell menderma 1 sen (RM0.01) untuk setiap liter bahan api pam di stesen-stesen di seluruh negara.

Dengan sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan, peruncit dan rakan perniagaan kempen ini, Shell melebihi sasaran awal sebanyak RM500,000 untuk lima badan amal (5) yang terpilih:

The Budimas Charitable Foundation, Projek Nasi Lemak, Yayasan Chow Kit , Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Miskin (Sabah) dan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak.

Wang itu akan digunakan untuk menyokong program-program pembangunan berkesan kepada kira-kira 3,500 kanak-kanak berbilang kaum untuk mempelajari kemahiran baru dan membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Shell juga bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan ini untuk membangunkan satu program jangka panjang supaya kakitangan Shell, keluarga, peruncit, dan rakan perniagaan mereka secara aktif boleh menyokong kerja-kerja mereka.

 

Previous post

Prototaip Pengecas Robo-Ular Bertemu Tesla

Next post

5 Sebab Mengapa Kita Tidak Mahu Kereta Autonomi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *