Gaya Hidup

Volvo Tawar Kerusi Booster Sedia Ada Untuk Keselamatan Anak Anda

Apakah yang dimaksudkan dengan integrated booster seat [kerusi booster bersepadu]? Ia adalah satu booster yang timbul daripada bangku tempat duduk belakang, meninggikan anak ketinggian yang  sesuai untuk memakai tali pinggang keledar sedia ada. Apabila booster tidak digunakan, ia boleh disimpan ke dalam bangku kerusi itu. Ciri ini amat baik jika ianya padan dengan anak anda dengan betul, kerana kerusi keselamatan bersepadu ini dibuat khusus untuk kenderaan itu. Satu manfaat sekunder booster bersepadu ini adalah ia tidak akan  berrisiko menjadi projektil dalam perlanggaran. Kereta Volvo membangunkan kusyen kanak-kanak di dalam kereta yang pertama pada tahun 1978. Pada tahun 1990 pembuat kereta Sweden mengambil keselamatan kanak-kanak kepada satu dimensi baru dengan pembangunan kusyen booster bersepadu pertama.

Volvo menawarkan kerusi booster bersepadu dwi-peringkat  dengan wagon V60 dan juga SUV  yang sangat popular XC60. Kerusi booster kanak-kanak ini boleh diselaraskan kepada dua ketinggian, membolehkan kerusi booster disesuaikan untuk kanak-kanak yang membesar.

Tetapan yang tertinggi tempat duduk booster  dwi-peringkat ini adalah untuk kanak-kanak berukuran 37-47 inci tinggi dan berat antara 33-55 lb; penetapan rendah bertujuan untuk kanak-kanak antara 45-55 inci tinggi dan 48-80 lb.

Child-booster-seat51

 

Previous post

Volvo Cabar AMG, M Power dan RS.

Next post

Ketua BMW M Kata Kotak Gear Manual Dah Usang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *