Gaya Hidup

UMW Toyota Motor Derma Hilux ke Rumah Anak Yatim

UMW Toyota Motor Sdn Bhd baru-baru ini telah mendermakan sebuah Toyota Hilux kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAASH), Alor Setar, Kedah. Toyota Hilux akan digunakan oleh Yayasan tersebut untuk memudahkan aktiviti amal dan kerja-kerja kemasyarakatan yang berkaitan dengan kesejahteraan anak-anak yatim di Kedah.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Encik Akio Takeyama menyerahkan replika kunci kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang juga penaung yayasan tersebut dalam satu majlis ringkas di premisnya di Alor Setar. Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki.

Datuk Ismet berkata sumbangan itu adalah sebahagian kerja amal dalam Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat dan ia terus-menerus mencari peluang seperti ini untuk menyumbang kepada masyarakat di mana syarikat perniagaannya beroperasi.

Raja-Permaisuri-Agong-Tuanku-Hajah-Haminah-pleasure-to-test-drive-a-four-wheel-drive-Toyota-Hilux-600x372

Previous post

Jaguar F-PACE Harungi Cabaran Getir

Next post

Renault Captur Dipratonton - Akan Dijual di Malaysia Suku Empat 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *