Berita Auto

Jaguar F-PACE Harungi Cabaran Getir

Dari panas membakar dan habuk di Dubai hingga ais dan salji di Utara Sweden, F-PACE baharu telah diuji sehingga ke tahap persekitaran terganas di dunia.  Prestasi Jaguar crossover menawarkan prestasi yang tiada tandingannya, rekaan dan praktikaliti.  Bagi memastikan setiap sistem berfungsi sempurna walaupun dalam keadaan yang paling ekstrem, F-PACE baharu telah mengharungi program ujian paling mencabar yang tidak pernah dikendalikan oleh syarikat sebelum ini.

Jaguar-F-PACE-2

Di fasiliti ujian Jaguar Land Rover di Arjeplog, Utara Sweden, suhu salji sederhana jarang melebihi -15°C dan selalunya menjunam kepada -40°C.  Kawasan 60km yang dibina khas untuk pengendalian trek, pendakian dan penurunan berbukit, geseran berpecah dan kawasan off road sesuai untuk mengoptimumkan kalibrasi sistem pacuan empat roda, Dynamic Stability Control, dan teknologi seperti All-Surface Progress Control dari Jaguar.  Kerja kerja yang dijalankan di sini adalah untuk memastikan, walau atas asphalt, salji atau ais, F-PACE memberikan kawalan stereng yang berhubungan dan ketangkasan dari DNA Jaguar yang dinamik.

Jaguar-F-PACE-6

Di Dubai, suhu keadaan boleh melebihi 50°C di bawah teduh.  Apabila kenderaan diletak dibawah cahaya matahari, suhu kabin boleh mencapai 70°C – tepat seperti yang diperlukan untuk memastikan bahawa semuanya dari sistem kawalan cuaca hingga skrin sesentuh infotainment berfungsi dengan sempurna dalam keadaan panas dan lembab yang ekstrem.  Sementara jurutera penguji boleh berehat dengan selesa dalam hawa dingin apabila mereka memandu dalam kesesakan trafik di bandar, bahagian ujian ini direka untuk menguji sistem penyejuk yang diletak pada tahap kombinasi suhu panas dan kekurangan udara yang tinggi.

F-PACE juga telah dipandu merentasi kawasan berbukit yang berkerikil.  Ini adalah pertama kali program ujian Jaguar memasukkan persekitaran yang mencabar seperti ini, dan perhatian yang teliti inilah yang akan membantu prestasi pertama Jaguar crossover menjadi penanda aras dalam segmennya.

Jaguar-F-PACE-5

 

Previous post

Toyota Innova Kini Digunakan sebagai TEKS1M

Next post

UMW Toyota Motor Derma Hilux ke Rumah Anak Yatim

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *