Gaya Hidup

Tetamu Khas Bantu Hasilkan Land Rover

Sebagai menyambut produksi ke 67 tahun Land Rover yang ikonik ini, sebuah kenderaan unik telah dibina untuk memperingati produksi ke 2 juta siri Land Rover dan Defender di U.K.

Defender5

Dengan rekaan bespoke dan bintang khas yang dijemput untuk membantu menyempurnakan binaan yang bersejarah ini, ‘Defender 2,000,000’ dicipta sebagai memberi penghormatan kepada produksi Land Rover yang sudah hampir tujuh dekad di kilang Solihull, UK.

Defender3

Pada December 2015, peminat dan pengumpul Defender akan diberi peluang untuk memiliki kenderaan unik dari sejarah Land Rover ini apabila ianya akan dilelong oleh Bonhams, pembida berprestij dan terkenal di dunia.  Mencerminkan warisan Defender, semua hasil akan didermakan kepada rakan kemanusiaan dan pemuliharaan Landa Rover– the International Federation of Red Cross dan Red Crescent Societies (IFRC) dan juga Born Free Foundation.

Defender4

Kenderaan ini akan didedahkan kepada umum oleh Bonham di Goodwood Festival of Speed pada 25-28 Jun.  Setelah menamatkan jadual penampilan umum sepanjang tahun ini, ‘Defender 2,000,000’ akan dilelong di majlis amal berprestij yang akan diadakan di kediaman Bonham di New Bond Street, London pada Rabu 16 December.

Defender2

Produksi asal Land Rover Siri I bermula di fasiliti Lode Lane yang terkenal pada tahun 1947 sebelum pelancarannya di Amsterdam Motor Show pada 30 April 1948.  Sejak itu sebanyak 2 juta Siri I, II, III dan Defender telah dihasilkan di Solihull.

Defender7

Klik di sini untuk menonton video pendek Land Rover yang diterbitkan untuk ‘Defender 2,000,000’:

Previous post

Rockar Hyundai Menangi Anugerah Eropah untuk Jualan Digital

Next post

Ketua BMW M Kata Kotak Gear Manual Dah Usang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *