Cerita Auto

Proton Membentuk Kerjasama Strategik Jangka Panjang Antara Suzuki Motor Corp & DRB-HICOM

PROTON Holdings Berhad, DRB-HICOM Berhad dan Suzuki Motor Corporation, Jepun, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Lesen untuk membentuk kerjasama dan rakan kongsi strategik jangka panjang antara tiga syarikat ini yang diwakili oleh YBhg Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Mr Osamu Suzuki, Chairman & CEO Suzuki Motor Corporation, Japan, dan wakil dari DRB-HICOM adalah YBhg Dato’ Radzaif Mohamed, Ketua Pegawai Pengurusan Pengedaran dan Pengeluaran Otomotif.  Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Pengerusi PROTON dan bekas Perdana Menteri Malaysia,

Tun Dr Mahathir Mohamad dan  Makio Miyagawa, Duta Jepun di Malaysia. Juga hadir adalah Datuk Ir. Haji Hamim Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa dan YBhg Dato’ Syed Mohamad Syed Murtaza, Pengerusi DRB-HICOM dan ahli lembaga PROTON.

Semangat kerjasama ini mengandungi empat cabang iaitu produk, teknologi, pengguna dan pasaran.  Dengan kerjasama ini, ianya akan membolehkan PROTON mendapat akses kepada model, platform, rangkaian kuasa dan teknologi otomotif dari Suzuki.  Suzuki pula akan memberikan bantuan teknikal yang khusus untuk produk dan skop yang terpilih.  “Suzuki kukuh kerana teknologinya dan kepakarannya dalam menghasilkan enjin bersegmen kecil, terutamanya dalam kategori segmen A dan B yang boleh mengkomplemen dengan Rancangan Jangka Panjang Rangkaian Produk PROTON.

Ketika ini, pengurusan Suzuki adalah melalui anak syarikat milik-bersama, Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (“SMA”).  SMA dimiliki oleh DRB-HICOM (40%), Suzuki (40%) dan Itochu Corporation (20%).    Rasionalisasi itu dijangka siap dalam tempoh satu tahun selepas menandatangani perjanjian itu.

Proton_Swift_sport

 

Previous post

Subaru BRZ STI tS Jepun diBina Untuk Menyembelih

Next post

Generasi Baru Prius

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *