Gaya Hidup

Kawal Jauh Mazda Baru Anda Dengan App Mazda

Banyak mana kah anda sanggup bayar untuk ciri start kereta anda dengan telefon pintar anda? Kini terdapat aplikasi talipon untuk ciri ini dan Mazda bertaruh bahawa pemandu akan membayar sehingga RM2,000 untuk mendapatkan hak istimewa ini, termasuk yuran tahunan RM240 untuk terus menggunakannya selepas dipasang. Buat masa ini aplikasi ini boleh didapati hanya di negara terpilih dan akan dilancarkan secara global tidak lama lagi.

mazda-app-for-smartphones_1

‘Mazda Mobile Start’ namanya dan ia membenarkan pemilik untuk memulakan dan menghentikan enjin mereka daripada “mana-mana sahaja,” Agak berguna ketika cuaca panas terlampau dan pemilik mungkin mahu menyejukkan bahagian dalaman atau untukwarm-up enjin kereta. Aplikasi ini juga akan membolehkan pemilik untuk mengunci dan membuka kunci pintu kereta dan mengaktifkan penggera panik. Ia termasuk ciri Carfinder, yang akan membiarkan anda mencari kereta anda dengan peta dipaparkan pada telefon pintar anda.

‘Mazda Mobile Start’ datang dengan banyak lagi ciri-ciri dan fungsi aplikasi; ia juga datang dengan peace-of-mind. Mazda Mobile Start dicipta untuk kemudahan, keselamatan dan peningkatkan pengalaman memandu yang menyeluruh. Sesuatu yang amat penting bagi pelanggan kami.

mazda-app-for-smartphones_3

Saya terbayang kepada beberapa adengan filem dimana hackers dapat hack computer kereta dan mengambil alih kawalan kereta itu.

 

 

Previous post

Honda NSX Kembali Ke Jalanan Selepas 10 Tahun

Next post

Volkswagen Passat Diesel 500Nm Dapat Turbocharger BorgWarner

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *