Konsep / Lakaran / Intipan

Honda NSX Kembali Ke Jalanan Selepas 10 Tahun

Selepas sedekad menghilang, NSX akhirnya kembali ke jalanan. Oleh kerana ia sedang mejelajah Amerika Utara, ia mengibarkan bendera Acura dan bukannya Honda, tetapi ia masih kereta yang sama.

Ramai mengingati NSX ori kerana banyak perkara yang dilakukannya lebih baik daripada kereta sport lain dari segi harga dan prestasinya. Tetapi faktor sebenar yang menjadikan ia legenda adalah rupanya. Ia adalah anggun dan bersih, dengan tiada satu garisan pun yang tidak diperlukan. Jadi bagaimanakah NSX mendapat namanya?

NSX-4

Kita perlu fahami bahawa NSX adalah salah satu kereta Jepun terawal dan tercantik pernah direka dari tahun 90-an (ketepikan hakikat bahawa Pininfarina juga terlibat sedikit dalam rekaannya). Tidak berlebihan, hanya keanggunan. Bukan kerana NS-X adalah kereta berpusat pada keanggunan tetapi kerana maksud namanya. “New-Sportscar-Experimental”, dan reka bentuk “experimentalnya” adalah juga satu kejayaan yang membantu menetapkan nada untuk kereta-kereta lawa sepanjang dekadnya. Ianya sudah menuju ke arah itu walaupun sehingga tahun 1989 banyak reka bentuk kereta masih mengekalkan reka bentuk sudut-sudut berkotak.

Honda-NSX_2

NS-X baharu ini juga agak “eksperimental”. Direka oleh Amerika dan walaupun ia tidak kelihatan  seperti  NS-X yang asal, kereta ini adalah “cool”. Inilah rupanya kereta konsep kerana mereka direka untuk kelihatan seperti mereka hanya akan masuk akal pada masa depan, dan saya pasti apabila NS-X yang pertama keluar, itulah di belakang pemikiran masing-masing.

Tetapi sebelum kita terlalu ghairah, kita mesti ingat bahawa ianya masih sebuah kereta yang mempunyai persaingan. Jadi walaupun dengan motor elektrik 3.5 liter V6 twin-turbo, 9-kelajuan dwi-klac kotak gear dan kelihatan futuristik, ia masih perlu lebih baik daripada yang lain di trek. Dan untuk itu, kita hanya boleh tunggu dan lihat. Sementara itu, kita ada beberapa rakaman video kereta ini sebagai pace car di Pikes Peak yang kita boleh tonton buat masa ni.

NSX-4

Previous post

BMW Group Malaysia Memperkenalkan Pengedar Baharu BMW, Raza Premium Auto di Kelantan

Next post

Kawal Jauh Mazda Baru Anda Dengan App Mazda

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *