Gaya Hidup

Perodua Buka Pusat Jualan di Sri Aman, Sarawak

Perodua, melalui pengedar sahnya Gamma Automobile Sdn Bhd, membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) di Sri Aman, Sarawak sebagai salah sebahagian rancangan memperluaskan rangkaiannya.

“Sri Aman mempunyai potensi untuk perkembangan dan kami percaya bahawa Gamma Automobile adalah rakan kongsi yang sesuai untuk mengembangkan lagi kehadiran Perodua di Sarawak,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh di majlis pembukaan.

Perodua-IMG_1172

Gamma Automobile, adalah pengedar sah Perodua 3S sejak tahun 1994 dan telah berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Pada tahun 2014,Gamma Automobile menjual sebanyak 3,500 unit dan menyaksikan 13,100 pengambilan telah datang ke bengkel perkhidmatannya dari pusat 3S yang terletak di Kuching. Perniagaan Gamma Automobile di Kuching termasuk jualan, alat ganti dan operasi perkhidmatan dan kini telah mempunyai sebanyak 78 pekerja.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2015, Perodua telah menjual sebanyak 74,700 kenderaan membuat kira-kira 35% daripada jumlah keseluruhan industri. Daripada 74,700 yang dijual oleh Perodua, 9,800 unit – atau 13% – adalah dari Timur Malaysia. Perodua menjual 5,600 unit di Sarawak. Selepas jualan, Perodua mendapati 638,508 kenderaan mengunjungi pusat perkhidmatan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, meningkat 0.4% berbanding 636,205 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perodua-IMG_0135

Previous post

BMW USA Panggil Balik 420,661 Kenderaan Yang Mengandungi Beg Udara Takata.

Next post

Isuzu Lancarkan MU-X 7-tempat Duduk di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *