Berita Auto

Isuzu Lancarkan MU-X 7-tempat Duduk di Malaysia

Hampir sepuluh tahun selepas pengenalan trak pikap D-MAX, Isuzu Malaysia telah melancarkan model yang dinanti-nantikan iaitu SUV 7-tempat duduk, yang dipanggil MU-X.

DSC06674

Pelancaran telah diadakan di Symphony Lake Suite di KLCC dan telah dihadiri oleh beratus-ratus rakan kongsi perniagaan, kakitangan Isuzu dan juga media. Kereta baharu ini tampil pada harga jualan promosi yang sangat menarik iaitu RM146,354.20 (termasuk GST).

DSC06702

Dengan harga yang agak rendah telah menyebabkan ramaiorang di Malaysia berminat dengannya, dan Isuzu telah merencanakan bahawa kereta itu akan menjual lebih banyak dari sasaran jualan awal sebanyak 700 unit menjelang akhir tahun ini.

DSC06713

“Terdapat permintaan yang tinggi untuk kenderaan yang mampu melakukan kesemuanya, namun tetap sesuai di mana-mana persekitaran, kemudian datanglah Isuzu MU-X serba baharu.

ISUZU-MUX-1_3_BACK_EYE-LEVEL-600x374

Kami menjangkakan dengan tahap menarik minat, jualan Isuzu MU-X serba baharu mungkin boleh mencapai 1,000 unit sebelum akhir tahun ini yang akan memberi Isuzu hampir 30% daripada segmen pasaran,”kata Kenji Matsuoka, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia.

Interior_0915_02-RHD

Kedua-dua model 2WD dan 4WD full-spec (pada harga RM 160,210.40) dilengkapi dengan sejumlah besar ciri-ciri dan boleh didapati dalam empat warna – Cosmic Black, Titanium Silver, Uluru Brown, dan Splash White.

DSC06729

Ia dibina di atas platform Isuzu D-MAX, dan membawa lebih ciri-ciri pikap yang kuat, termasuk ladder frame yang teguh, drivetrain serba boleh dan ciri-ciri keselamatan dinamik. Ciri-ciri ini termasuk ABS, Pengagihan Brake-force Elektronik, Pembantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik dan Kawalan Tarikan.

Untitled_00994-master_with-screen

Interior-roof-view

 

 

 

Previous post

Perodua Buka Pusat Jualan di Sri Aman, Sarawak

Next post

Toyota Kekal Jenama Paling Terulung Automotif Dunia Dalam Kedudukan Tahunan Oleh BrandZ ™

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *