Gaya Hidup

BMW 3.0 CSL Hommage

Lebih kurang setahun lalu, BMW mempersembahkan BMW 328 Hommage dalam perlumbaan seperti Mille Miglia.  Kini, muncul Hommage baharu yang lebih hebat – 3.0 CSL – pengganti pada model 6 siri.  Ianya adalah satu kajian rekaan yang menarik.

BMW-3.0-CSL-Hommage-5

Mereka menambah kidney grill yang menonjol yang tampak sama seperti yang asal dari citarasa rekaan BMW moden dengan ciri-ciri ultra-moden seperti lampu depan.  Namun bentuknya lebih sama dengan varian moden yang ada sekarang dari yang asal.  Tetapi kebanyakan perincian dalam model Hommage lebih banyak diperbesarkan.  Bumper depan nampak lebih agresif dengan rekaan shark-nose seperti model klasik.

BMW-3.0-CSL-Hommage-3

Bahagian belakang adalah antara yang paling kompleks dari segi rekaan dan bahan dimana model ini menggunakan pakej varian CSL dengan sayap belakang yang yang digabungkan dengan bodywork belakang, hingga ke gerbang roda belakang – sama seperti Plymouth Superbird dari Amerika.

BMW-3.0-CSL-Hommage-1

Tidak banyak yang boleh diperkatakan untuk bahagian dalam- hanya rekaannya tidak nampak terlalu moden maupun klasik.  Stereng mempunyai persamaan dengan kereta BMW DTM.  Secara keseluruhannya, Hommage ini adalah satu kajian rekaan yang kool.  Ianya bukan kereta konsep.

BMW-3.0-CSL-Hommage-4

Mungkin satu hari nanti BMW akan mempunyai sebuah divisyen offshoot bespoke, seperti Zagato, yang membolehkan kereta ini dibina untuk pemanduan di jalanraya dalam bentuknya yang unik dan tersendiri.

BMW-3.0-CSL-Hommage-2

 

Previous post

Land Rover Pertunjukkan Discovery Sport di Malaysia

Next post

Kebocoran Gambar Land Cruiser dan LX 570 Berwajah Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *