Berita Auto

Land Rover Pertunjukkan Discovery Sport di Malaysia

Land Rover mempamerkan model Discovery Sport di Sepang off road track minggu lepas kepada sekumpulan wartawan pemotoran.

Land_Rover-Discovery_Sport_2015_1024x768_wallpaper_05-620x350

Discovery Sport adalah kenderaan serba baharu dari Britain, dan dijangka akan menggantikan Freelander yang akan dihentikan pengeluarannya di masa depan.

DSC05757

Land Rover merancang untuk membawa nama ‘Discovery’ di kedudukan yang sama seperti nama ‘Range Rover’, mencipta jenama-sub dalam rangkaian produk syarikat yang dapat membezakan setiap fungsi kenderaan yang dimahukan.

DSC05771

Sepertimana Freelander 2, Discovery Sport akan menggunakan enjin 2 liter petrol dan 2.2 liter diesel, keduanya turbocharged dan berasaskan unit Ford.

Jaguar Land Rover sibuk mereka enjin ‘Ingenium’ sendiri, yang akan digunakan dalam SUV kompak baharu kelak.

Sementara Range Rover mewakili syarikat dalam pasaran kenderaan mewah, Discovery kini termasuk dalam aplikasi berasaskan keluarga dan hiburan.

DSC05745

Tidak seperti full -sized Discovery yang menggunakan kaedah body-on-frame, kenderaan ini dibina mengikut pembinaan unibody yang berkongsi dengan Range Rover Evoque.

Ruang but luas dengan tempat duduk belakang boleh dilipat turun.  Kenderaan ini boleh memuatkan 7 orang menjadikannya sebuah kenderaan yang sesuai untuk keluarga.

Discovery Sport baharu ini akan dijual di Malaysia pada Ogos, tetapi Jaguar Land Rover Malaysia belum lagi mengeluarkan harga resmi kenderaan tersebut.

DSC05768

Previous post

Proton Lanjutkan 7 Tahun Waranti & kadar Faedah Pada 1.99%

Next post

BMW 3.0 CSL Hommage

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *