Cerita Auto

Volkswagen Goes Zero

Volkswagen Malaysia kini melancarkan kempen pembiayaan sifar faedah untuk rangkaian model Jetta, Golf 1.4, Passat dan Tiguan 1.4 mulai sekarang hingga Jun depan.

Volkswagen-Golf_2009

Tawaran menarik sifar faedah ini boleh didapati dalam dua skim pembiayaan; bayaran bulanan selama lima dan tujuh tahun – fleksibel untuk kapasiti kewangan seseorang.  Kempen ini selari dengan aspirasi Volkswagen untuk membolehkan kenderaan berkejuruteraan Jerman dapat diakses oleh lebih ramai pengguna.

 

Model Bayaran bulanan selama 5 tahun Bayaran bulanan selama 7 tahun
Jetta RM2,099/sebulan RM1,499/sebulan
Golf 1.4 RM2,499/sebulan RM1,799/sebulan
Passat RM2,699/sebulan RM1,899/sebulan
Tiguan 1.4 RM2,899/sebulan RM2,099/sebulan

 

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Kempen ‘Sifar %’ merupakan satu tawaran hebat kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kereta Volkswagen. Sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan atas tawaran ini kerana kami mempunyai rangkaian penuh kenderaan yang boleh menepati apa jua gaya pemanduan, keperluan atau kecenderungan anda.”

 

Jadi, sama ada anda mahu bergerak lebih jauh dengan Jetta yang menawarkan penjimatan bahan api mendahului kelasnya dan ditawarkan pada harga cukup kompetitf atau mahukan sebuah jentera berkuasa serta pantas seperti Golf 1.4 untuk menjalani kehidupan yang sibuk, atau lebih gemarkan prestasi terbaik dalam bentuk sebuah Passat atau mungkin anda seorang yang suka mengembara serta memerlukan sebuah SUV yang sporty, versatil dan berkuasa seperti Tiguan – pilihan yang ada cukup luas!

Volkswagen-Goes-Zero1

Inilah masanya untuk semua memandu pulang sebuah hasil kejuruteraan Jerman. Jadi, jangan lepaskan peluang yang menarik ini. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Previous post

Toyota US Umum Hentikan Produksi Prius

Next post

Rangkaian G-Class Dapat Pilihan Enjin Sedia Euro 6

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *