Berita Auto

Scania Lancar Trak Dan Koc Khas Untuk Industri Pembinaan Dan Pelancongan

Scania Malaysia baru-baru ini melancarkan satu angkatan kenderaan khas di Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015 (MIBTC) untuk menampung permintaan desak oleh industri pembinaan dan pelancongan/penumpang yang pesat membangun di Malaysia.

Pelancaran Trak Pembinaan Scania dan Koc Scania Marcopolo yang lengkap telah dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Albar, bersama-sama Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, James Armstrong.

Turut hadir adalah Pegawai-pegawai kanan dari Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Screen Shot 2015-05-17 at 3.29.17 PM

Koc Lengkap Scania Marcopolo

Koc Scania Marcopolo “First Class” merupakan penyelesaian lengkap bagi semua operator bas. Koc premium ini membanggakan mutu kelengkapan luaran dan dalaman yang serba hebat, disempurnakan lagi dengan prestasi keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi semua penumpang.

Kini dengan perkhidmatan istimewa Scania Malaysia, anda boleh menempah, menyelenggara dan membaiki Scania Marcopolo di mana-mana pusat sehentinya. Reka bentuk koc ini mengutamakan produktiviti dan peningkatan keuntungan. Ia menjaminkan waktu tempahan yang lebih singkat dan perkhidmatan pasca jualan yang lebih pantas dan menyeluruh di mana-mana pusat penyelenggaraan Scania di seluruh negara.

Scania Marcopolo hasil daripada pakatan rapat antara dua peneraju global – Scania dan Marcopolo, pengeluar bas Brazil yang diasaskan pada 1949, dan kini merupakan antara pengusaha bas dan koc yang terbilang di dunia.

“Kami percaya nilai kerja terpenting ialah memberi keutamaan kepada keperincian pembuatan Scania Marcopolo serta pembekalan perkhidmatan sokongan yang lengkap. Semua ini dilakukan untuk memaksimumkan faktor keselamatan dan keselesaan bagi penumpang, serta meningkatkan kadar keuntungan bagi semua pelanggan kami,” kata James.

Screen Shot 2015-05-17 at 3.32.49 PM

Trak Pembinaan Scania

Trak Pembinaan Scania disifatkan sebagai ‘Fit for Tough Work’ dan‘Fit for Tough Business’. Ia amat tahan lasak, bertenaga, boleh dipercaya dan diuji dengan terperinci sehingga sempurna untuk digunakan di jalan raya.

Trak Pembinaan Scania boleh dibina mengikut keperluan tersendiri, dan cukup fleksibel untuk menangani sebarang cabaran persekitaran dan kegunaan dalam industri pembinaan di Malaysia. Trak ini unggul dengan pilihan motor Euro 3, 4, 5 dan 6 yang berkuasa tinggi, efisien dan dibuktikan berkesan, bersama-sama badan kenderaan yang mempunyai kapasiti beban berat yang tinggi dan ruang pemanduan kenderaan yang amat selesa dan selamat. Kombinasi ini menyerlahkan prestasi Trak Pembinaan Scania dari segi produktiviti dan memberi kadar keuntungan optima walaupun dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

Kos perolehan dan penyelengaraan yang berpatutan

Kedua-dua Trak Pembinaan Scania dan koc lengkap Scania Marcopolo dilengkapi dengan percuma kontrak penyelengaraan selama dua tahun, perkhidmatan ‘Scania Assistance’ selama dua tahun, dan perkhidmatan ‘Scania Fleet Management’ selama sepuluh tahun.

Scania Credit Malaysia juga memberi khidmat penyelesaian kewangan dan insuran kepada semua operator bus dan koc Scania.

Screen Shot 2015-05-17 at 3.33.15 PM

Pertandingan Pemandu Scania–Edisi MIBTC

Scania memeriahkan lagi MIBTC kali ini dengan edisi istimewa Pertandingan Pemandu Scania yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk memandu trak Scania.

Pertandingan Pemandu Scania–Edisi MIBTC merupakan acara pendahuluan untuk Pertandingan Pemandu Scania 2014/2015 Malaysia-Singapore (SDC) yang akan diadakan kelak.

“Walaupun pertandingan ini pasti dapat menghiburkan semua pengunjung, objektif utamanya ialah meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan semua pengguna jalan raya di Malaysia, dan juga menitikberatkan sumbangan pemandu trak kepada pembangunan negara,” tambah James.

Scania telah membawa tranformasi besar dalam industri pengangkutan di seluruh dunia selama lebih dari satu abad. Dalam empat dekad kebelakangan ini pembekal perkhidmatan pengangkutan dan logistik di Malaysia telah banyak mengenali dan menaruh kepercayaan kepada jenama Scania.

“Scania akan memperkenalkan lebih banyak lagi penyelesaian innovatif dalam industri pengangkutan yang sedang membangun pesat di negara ini. Seiring dengan peluasan pembangunan dan pembinaan infrastruktur di Malaysia dan ramalan positif terhadap kadar kedatangan pelancong luar negara, dan juga pelancong dalam negeri, Scania kekal komited untuk menyokong usaha memajukan negara ini,” ujar James.

Screen Shot 2015-05-17 at 3.29.00 PM

Previous post

Boon Siew Honda Perkenalkan Honda EX5 Dream FI Baharu

Next post

Sambut Ulang Tahun ke-40 GTI Pada 2016 Dengan Golf GTI Clubsport

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *