Cerita Auto

Boon Siew Honda Perkenalkan Honda EX5 Dream FI Baharu

Boon Siew Honda telah memperkenalkan model terbaharunya, Honda EX5 Dream FI yang merupakan generasi terkini siri EX5. Honda EX5 Dream FI kini lebih berkuasa, menawarkan prestasi dinamik, lebih pantas dan selamat, selain memiliki penampilan lebih sporty dan menarik. Ia turut mengekalkan ciri-ciri seperti praktikaliti, kualiti, penjimatan bahan api dan bernilai untuk wang.

02-Its-separate-tailight-and-signal-light-can-be-easily-noticed-by-vehicles-from-behind

Ciri-ciri serba baharu dan dipertingkatkan pada Honda EX5 Dream FI telah direka khas untuk pasaran Malaysia. Model ini merupakan versi yang dinaik taraf daripada model EX5 Dream 110 yang dilancarkan pada tahun 2013. Ciri-ciri tersebut direka berdasarkan kepada maklum balas dan komen daripada pelanggan terhadap model EX5 Dream 110.

03-L-R-Boon-Siew-Honda-CMO-Masami-Masuyama-LPL-Tatsuya-Minagawa-Koji-Onishi-and-Dato-Sri-Tan-Hui-Jing-with-the-newly-launched-EX5-Dream-FI

EX5 Dream FI adalah edisi EX5 yang baharu dan telah ditambah baik. Ia merupakan model naik taraf daripada model EX5 110 yang dikenali dan telah dilancarkan dua tahun lalu. EX5 Dream FI ialah produk yang Boon Siew Honda boleh syorkan dengan penuh yakin kerana spesifikasinya direka berdasarkan kepada kehendak pelanggan.

04-L-R-Koji-Onishi-and-Dato-Sri-Tan-Hui-Jing-with-the-new-EX5-Dream-FI

EX5 Dream FI ialah model cub pertama dalam kelasnya yang dipasang dengan teknologi baharu iaitu sistem enjin FI yang dibangunkan untuk meningkatkan kuasa serta penjimatan bahan api. Jadi, menunggang di lebuh raya dan jalan biasa pastinya lebih lancar berbanding sebelumnya.

Menerusi penggunaan teknik kawalan elektronik, sistem pancitan bahan api (FI) membolehkan enjin hanya memerlukan nisbah udara-bahan api yang minimum. Hasilnya, ia mampu menawarkan prestasi yang mesra alam dan kualiti tunggangan lebih baik. Sistem FI biasanya digunakan pada motosikal berenjin lebih besar dan motosikal lumba seperti MotoGP untuk kawalan yang lebih efektif. Menerusi kombinasi enjin 110cc dan sistem FI pada EX5 Dream FI, model baharu ini mampu menawarkan kuasa, pecutan dan penjimatan bahan api yang lebih tinggi.

05-VIPs-and-media-group-photo-during-the-EX5-Dream-FI-test-ride

Tangki minyak berkapasiti 4.3L yang telah ditambah baik itu pasti dapat mengurangkan kekerapan mengisi petrol. Sekali gus menawarkan kemudahan kepada penunggang untuk perjalanan yang lebih jauh.

Boon Siew Honda turut menyatakan ciri-ciri keselamatan termaju yang ada pada model EX5 Dream FI. Rekaan yang mengasingkan lampu belakang dan lampu isyarat membelok membolehkan kenderaan lain dari arah belakang melihat penunggang EX5 Dream FI dengan lebih mudah. Panel meter dengan rekaan baru pula menampilkan tolok dan penunjuk yang lebih jelas dan mudah dilihat. Ciri ini memang berguna untuk mereka yang menunggang pada waktu malam dan di laluan yang gelap.

Dari segi penampilan pula, EX5 Dream FI direka agar kelihatan lebih moden dan bergaya. Penutup bahagian kepala yang tirus dengan logo krom memberikan tarikan yang menawan dan sporty. Penutup mufler krom pula bukan sahaja kelihatan lebih menarik, malah turut bertindak sebagai ciri keselamatan tambahan.

06-EX5-Dream-FI_Mariana-Purple-Metallic

EX5 Dream FI yang boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah metalik (Euphoria Red Metallic), biru metalik (Vital Blue Metallic) dan ungu metalik (Mariana Purple Metallic). Harga dibilik pameran (motosikal sahaja) adalah : –

Jenis

RM

Kick Starter

4299

Self Starter

4529

Boon Siew Honda yakin bahawa harga yang menarik dan ciri-ciri hebat ini akan memacu jualan EX5 Dream FI untuk mencapai sasaran 37,200 unit pada tahun ini.

07-EX5-Dream-FI_Vital-Blue-Metalic

Maklumat lanjut, sila layari laman web mereka     : www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol-Percuma Boon Siew Honda 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

Previous post

MPV Mewah Honda Odyssey

Next post

Scania Lancar Trak Dan Koc Khas Untuk Industri Pembinaan Dan Pelancongan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *