Gaya Hidup

Perjalanan Isuzu D-Max Dari Bangkok Ke Singapura Dengan Hanya Satu Tangki

Isuzu sekali lagi membuktikan keunggulan dari segi penjimatan bahan apinya apabila empat unit trak pikap Isuzu D-Max berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,809km dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan kurang daripada satu tangki bersaiz 76 liter.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.22.37 AM

Dikenali sebagai peneraju dalam penjimatan bahan api yang sukar digugat selepas  menerima Anugerah Penjimatan Bahan Api Asean Auto untuk kategori trak pikap selama enam tahun berturut-turut, kemampuan empat unit Isuzu D-MAX mencatat rekod itu memang tidak mengejutkan, malah mengukuhkan lagi kedudukannya dalam bidang tersebut.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.23.17 AM

Pencapaian bersejarah itu merupakan yang pertama buat Isuzu D-MAX generasi kedua. Ia turut memperbaiki rekod generasi sebelumnya yang menamatkan pemanduan dari Bangkok ke Melaka dengan jarak sejauh 1,600km pada tahun 2011.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.23.52 AM

Trak pikap dan konvoi itu dipantau rapi oleh pegawai Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Sebaik sahaja Cabaran Dura-Miles itu tamat, beliau turut mengesahkan bahawa semua kenderaan tersebut mengikut spesifikasi pengeluar.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.24.29 AM

Secara signifikannya, empat unit Isuzu D-MAX itu – model 2.5 liter dan 3.0 liter bertransmisi manual dan automatik – mempunyai ciri sama iaitu pacuan 4×4 yang boleh dipilih (selectable) dan sudah lama dilihat sebagai sistem yang tidak menjimatkan minyak.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.24.54 AM

“Walaupun kenderaan pacuan empat roda menawarkan penyelesaian praktikal bagi mereka yang gemar menjalani gaya hidup aktif, ia juga mempunyai reputasi sebagai jentera yang tidak menjimatkan minyak. Namun, hasil daripada keseimbangan kuasa dan kejuruteraan Isuzu yang mengagumkan, Isuzu D-MAX mampu menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api yang tiada tandingan kepada semua pengguna,” kata Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida yang berada di Singapore Discovery Centre untuk menyambut ketibaan konvoi terbabit.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.25.15 AM

Terdahulu, keempat-empat buah trak pikap itu dilepaskan dari pengedar Isuzu Ung Nguan Tai di Bangkok oleh Ishida, Ahli Jawatankuasa AAM, Ahmed Ismail, Naib Presiden Kanan Tripetch Isuzu Sales Co. Ltd., Panadta Chenavasin dan Naib Pengarah Urusan Jualan Ung Nguan Tai Isuzu, Tanavit Pitaksith.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.25.34 AM

Semua trak pikap tersebut dipandu dalam kondisi yang ekstrem termasuklah suhu mencecah 40 darjah selsius di kebanyakan lokasi di Thailand, selain terpaksa berdepan dengan rebut petir pada waktu petang di Malaysia. Sepanjang perjalanan, para pemandu memastikan pendingin hawa dipasang berikutan cuaca yang begitu panas.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.25.59 AM

Pengurus Kanan Jabatan Perancangan Produk dan Jenama Isuzu Malaysia, Wan Zaqi Zacary memberitahu, reka bentuk Isuzu D-MAX yang ringkas tetapi sofistikated adalah antara penyumbang kejayaannya. “Pasukan jurutera Isuzu memberi penekanan terhadap aspek aerodinamik. Buktinya, mereka menggunakan terowong angin kereta api laju untuk membangunkan bentuk D-MAX baharu,” kata Zaqi.

Screen Shot 2015-05-05 at 1.26.23 AM

Lebih mengagumkan, Isuzu D-MAX yang menjimatkan minyak itu turut menerima pelbagai anugerah dalam aspek lain. Antaranya, Kenderaan Terbaik selepas berjaya mengharungi laluan sukar dalam cabaran Borneo Safari 4×4, anugerah Trak Pikap Terbaik NST-Maybank dan Trak Pikap Paling Bernilai untuk Wang oleh pihak Asian Auto.

 

Previous post

Iklan Nakal BMW Memberi Sinar Kepada Kereta Terpakai Mereka

Next post

De Tomaso Dibeli Untuk 1M Euro

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *