Cerita Auto

Model Toyota Hilux 2015 Serba Baharu Diperkenalkan Di Thailand

Pickup Hilux Toyota generasi ke-lapan telah tiba di pasaran Thailand hari ini. Generasi ke tujuh yang sebelum ini mempunyai 11 tahundengan pelbagai wajah dan peningkatan serta masih berjaya mengekalkan kedudukan jualan nombor 1 walaupun disaing oleh Ranger, Triton, Colorado, BT50, D-MAX dan Navara.

Toyota-Hilux-REVO2

Hilux serba baharu ini mendapat enjin diesel baru di bawah siri enjin GD.  Dua enjin diesel 4-silinder menawarkan tork yang lebih rendah dan kecekapan berbanding kuasa apabila dibandingkan dengan sebelumnya. Versi 2.4liter menghasilkan 150hp dan 400Nm, manakala varian 2.8 liter pula menghasilkan lebih iaitu 177hp dan tork 420Nm (450Nm dengan transmisi automatik)

Toyota-Hilux-REVO5

Penggunaan minyak dipertingkatkan sebanyak 10% dengan pengunaan kotak gear automatic 5-kelajuan dan penggunaan sistem pencucuhan automatik mula/berhenti. Menurut Toyota, casis telah dikukuhkan sebanyak 20%, manakala dimensi kereta yang luas membantu kereta untuk menambah cengkaman dan keupayaan membelok dengan baik.

Toyota-Hilux-REVO61

Panjang keseluruhan Hilux ini ialah 5,330mm (meningkat sebanyak 90mm), dengan kelebaran seluas 1,855mm (meningkat sebanyak 20mm), dan ketinggiannya mencecah 1,815mm (meningkat sebanyak 5mm) dan jarak roda yang tiada perubahan iaitu pada 3,085mm. Di  bahagian hadapan Hilux terdapat lampu depan jenis-projektor dengan lampu siang hari LED serta gril dan headlamp baru yang lebih langsing.

Toyota-Hilux-REVO4

Pada kabinnya kelihatan lebih seperti kereta dengan terdapat satu paparan pelbagai informasi bersaiz 4.2inci, skrin sesentuh sebesar 7inci untuk mengendalikan sistem navigasi dan audio serta stereng yang disesuaikan untuk senang dicapai. Hilux ini dijadualkan tiba di Malaysia lewat tahun ini, sementara itu, Mitsubishi pula akan melancarkan Triton serba baharu dalam masa 2 minggu lagi dimana bilik pameranseluruh negara telahpun mengambil tempahan dan Ford yang berwajah baru pula akan datang dalam masa terdekat ini.

Toyota-Hilux-REVO3

Previous post

Kebocoran Imej Paten Menunjukkan Rupa Sebenar SUV Maserati Levante

Next post

Kempen Servis Khas Toyota

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *