Psst!

Kebocoran Imej Paten Menunjukkan Rupa Sebenar SUV Maserati Levante

Semasa Frankfurt Motor Show 2011, kita ditunjukkan apa rupa sebenar Maserati SUV dalam bentuk konsep Kubang. 4 tahun berlalu, seorang rakyat Itali akhirnya mempatenkan rekabentuknya untuk model pengeluaran, yang akan membawa nama plat Levante.

Maserati-levante-4

Lukisan menggambarkan seperti ada beberapa perubahan dari Kubang, tetapi keseluruhan rekabentuk kelihatan seperti biasa sahaja, terutamanya bila melihat dari sudut profile dimana ianya kekal macam tak ada apa-apa perubahan langsung.

Maserati-levante-3

Terdapat perubahan dari segi penggayaan di bahagian depan. Dengan merekabentuk semula headlights dan perubahan yang lain membuatkan SUV baharu ini kelihatan lebih angular, sementara itu lampu kabus yang lebih besar pula dipasang berdekatan dengan headlights.

Maserati-levante-1

Gaya dibahagian belakang juga ada perubahan, sekali lagi banyak lampu-lampu berbentuk segi empat dipasang dengann bentuk paip ekzos yang bulat berbeza dari segi empat tepat yang ditampilkan oleh Kubang.

m

Beberapa pilihan enjin dirancang, dengan unit petrol dalam bentuk V6 atau V8 membangunkan antara 350PS dan 560PS. Terdapat rancangan dengan rangkaiankuasa diesel yang kurang kuasa tetapi lebih tork. Nantikan butiran lebih bila ianya didedahkan pada tahun 2016 nanti.

Maserati-levante-6

Maserati-levante-2

 

 

 

Previous post

Renault Lancarkan Crossover Kecil Mampu Milik

Next post

Model Toyota Hilux 2015 Serba Baharu Diperkenalkan Di Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *