Gaya Hidup

Model Mercedes-Benz Akan Ditonjolkan Dalam Filem Jurassic World

Dalam filem terbaru Jurassic Park, selain dari memaparkan dinosaur besar yang menakutkan, (keseluruhannya menggunakan CGI) salah satu benda yang menonjol adalah Mercedes-Benz M-Class.

Jurassic-Park-M-Class

Mercedes-Benz telah terikat dengan syarikat produksi dan menyediakan model pra-pengeluaran M-Class untuk kegunaan dalam filem tersebut dan model-model ini telah diubahusai untuk digunakan dalam pulau yang didiami dinasour itu. Ia sangat ikonik memandangkan ianya SUV Mercedes-Benz yang pertama direka untuk pasaran urban, dan ianya kelihatan hebat apabila melalui ketahanan cabaran dalam pembikinan filem blockbuster ini.

Tetapi kali ini Mercedes-Benz telah mengambil satu peranan yang lebih aktif dalam menyediakan model untuk kegunaan di set. Semuanya digunakan termasuklah G-wagon klasik kepada Unimog serta model crossover coupe GLE juga akan ditonjolkan dalam filem ini.

Mercedes-Benz-Jurassic-World-12

Mercedes-Benz GLE 450 AMG Coupe membuat debut filem ini sebagai kereta rasmi pengurus operasi Jurassic World, Claire yang dilakonkan oleh Bryce Dallas Howard. Salah satu babak dalam filem tersebut, apabila Claire seorang berhadapan dengan krisis, dia mengambil Mercedes-Benz GLE Coupe baharu dan bekerjasama dengan  penyelidik behavioural Owen (Chris Pratt) dalam misi hutan Isla Nublar.

Mercedes-Benz-Jurassic-World-9

Sebagai tambahan, kita dapat melihat Owen memandu G-Class, model yang pertama sekali bagi semua SUV Mercedes-Benz. Filem tersebut juga menampilkan Unimog, sebagai prop ambulans yang mengangkut dinasour serta G 63 AMG 6×6 dan pelbagai model-model Sprinter.

Mercedes-Benz-Jurassic-World-15

Ianya berjalan dengan lancar dan akan menjadikan filem tersebut lebih menarik – samaada anda ingin melihat dinasour ataupun pemusnahan kenderaan.

Previous post

Mitsubishi Elektrik Cipta Tablet Mampu Milik – Sistem Informasi Hiburan

Next post

Pusat 4S BMW Baru Dibuka Di Batu Pahat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *