Gaya Hidup

Pusat 4S BMW Baru Dibuka Di Batu Pahat

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Millennium Welt Batu Pahat sebagai pengedar terbaru di negara ini. Terletak di tempat yang strategik di Batu Pahat, Johor dalam Koridor Selatan, pengedar baharu BMW ini menyediakan perkhidmatan 4S (Jualan, Servis, Sistem dan Alat Ganti) untuk pelanggan yang berada di sekitar kawasan tersebut.

BMW-04

Pengenalan kepada pengedar baru ini sangat tepat pada masanya memandangkan kepentingan yang semakin meningkat Koridor Selatan kepada ekonomi Malaysia.

Jumlah keluasan ruang adalah 13,000 kaki persegi, pengedar Millenium Welt Batu Pahat 4S yang baru diperkenalkan menawarkan jualan penuh dan perkhidmatan selepas jualan untuk kereta BMW. Pengedar ini juga adalah sebuah pusat servis rasmi untuk jenama MINI di kawasan Batu Pahat.

BMW-03

Kemudahan baru diwakili BMW Group menampilkan standard terbaru, furniture dan menawarkan perniagaan runcit, kapasiti yang memuatkan 7 buah kereta untuk dipamerkan, 2 petak penyelengaraan, pusat pemeriksaan, scissors-bay, ruang menunggu bagi pelanggan, Isetta Bar dan juga bilik perbincangan. Pengedar baru ini juga menyediakan pekerjaan untuk 19 orang pekerja.

Millennium Welt BMW 4S terletak di No.1702, Jalan Zabedah, 83000 Batu Pahat, Johor Bahru. Untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1800 88 3000 atau layari laman web rasmi mereka di www.bmw.com.my

BMW-01

Previous post

Model Mercedes-Benz Akan Ditonjolkan Dalam Filem Jurassic World

Next post

Rolls-Royce Drophead Baharu Untuk Hidupkan Semula Nama Dawn

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *