Cerita Auto

Jetta Edisi Terhad Dari RM122,888

Volkswagen Malaysia hari ini [7 Mei 2015] meraikan pelancaran model Jetta Edisi Terhad dalam satu Parti Pop Up yang eksklusif. Bagi memperingati pelancaran tersebut, Volkswagen Malaysia mendapatkan khidmat jurugambar tempatan, Paulius Staniunas yang terkenal dengan hasil kerjanya, ‘All Is Amazing’ untuk merakam foto kehebatan kereta ini. Gambar-gambar itu kemudian dipamerkan di seluruh ruang acara dan akan digunakan sepanjang kempennya.

02

Jetta Sport dipamerkan di tengah-tengah ruang parti bagi membolehkan hadirin melihat semua penambahbaikannya dengan lebih dekat. Cermin tingkap Jetta Club Edition dipasang dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan sistem audio bersama navigasi. Jetta Sport Edition pula hadir dengan Volkswagen Zubehör Aerokit asli. Ia merangkumi spoiler hadapan, sisi, bahagian bawah belakang dan spoiler pada bahagian but belakang. Di samping rim aloi SILEX bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Goodyear Assurance TripleMax, cermin tingkap dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan unit multimedia bersama sistem navigasi.

03

Mengulas mengenai pelancaran Volkswagen Jetta Edisi Terhad ini, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller berkata, “Jetta Edisi Terhad yang dipasang 6 beg udara mempunyai reka bentuk yang menggabungkan aspek fungsi dan bentuk dengan sempurna. Dengan Aerokit tulen, model Edisi Terhad ini nyata memiliki penampilan yang berani – sudah pasti meningkatkan lagi tarikan visualnya.”

04

Hanya 500 unit Jetta Club Edition dan Jetta Sport Edition telah ditawarkan mulai Mei 2015 sehingga stok masih ada. Para pelanggan di Malaysia boleh menempah model ini yang didatangkan dalam warna putih (Candy White), perak (Reflex Silver), kelabu (Platinum Grey) dan hitam (Deep Black) pada harga bermula RM122,888 seunit di pengedar sah Volkswagen terpilih di Lembah Klang.

05

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

06

Previous post

Peugeot-Citroen Menggandakan Usaha Berikutan Kegagalan EV

Next post

Ford Eropah Terbitkan Galeri Mustang Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *