Cerita Auto

Audi Sambut Ketibaan RS3 Sportback Baharu Seluruh Dunia

Kebanyakan pengiklanan kereta sekarang ini dilihat agak biasa saja.  Kadang-kadang saja kita dapat lihat iklan yang lain dari yang lain, seperti iklan komersial Volkswagen yang dimainkan semasa Superbowl beberapa tahun lalu, juga video dari Mazda yang menunjukkan tradisi dan semangat melalui Jinba Ittai.

Audi-RS3-Sportback (1)

Tapi sekali sekala, akan muncul yang pelik, dimana akan membuatkan anda tertanya-tanya samada pengeluar otomotif itu buat yang betul atau tidak.  Dalam video ini, kita melihat ‘kelahiran’ Audi RS3 Sportback, yang nampak hebat, berasaskan platform MQB.  Dari segi citarasa ianya adalah Golf R dengan enjin berbeza dan lebih berkuasa.

Kami faham mesej yang nak disampaikan” Semua Audi mempunyai hubungan dengan kereta halo, R8, samada pertukaran gear atau gaya rekaannya.  Tetapi menonton model RS3 keluar dari belakang model R8 dengan gaya ‘Alien’ sepenuhnya adalah sesuatu yang kita tak boleh nak terima.

Amaran ianya agak ewwww!

 

 

Previous post

Kerajaan Itali Mahu SUV Lamborghini Dibina Dalam Sempadan

Next post

Kerajaan Perancis Tingkatkan Pegangan Mereka Dalam Renault

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *