Berita Auto

Kerajaan Perancis Tingkatkan Pegangan Mereka Dalam Renault

Kerajaan Perancis mahu meningkatkan pegangannya dalam Renault walaupun bantahan dari Nissan, syarikat Jepun yang menjadi rangka kongsi, dan Pengurusan bersama yang diketuai oleh Carlos Ghosn.

Renault-Studie-2

Kerajaan itu telah meningkatkan pegangan mereka dalam Renault kepada 19.74% daripada 15.01% sebelum ini dalam langkah untuk mendapatkan kuasa undian yang secukupnya untuk Negara bagi menghalang rancangan Ghosn yang mahu keluar daru undang undang Florange yang diperkenalkan di bawah Presiden Perancis, Francois Hollande yang menggandakan hak undi kepada syer yang dipegang lebih dari dua tahun kepada syarikat terbabit..

Cadangan Renault untuk keluar akan dibuat kata putus dalam mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat, 30 April ini.  Ghosn dan Nissan, yang memegang syer 15% dalam Renault membantah kenaikkan pengaruh pegangan dalam pembuat auto Perancis itu.  Mereka mahu mengekalkan undang –undang yang ada sekarang iaitu struktur pemodalan satu-syer, satu-undi.

renault-kadjar-01

Ghosn, pada 16 April lalu menuntut kerajaan menarik balik rancangan mereka, tetapi kerajaan yang hampir mendapat pegangan syer sebanyak 20% nampaknya sudah cukup untuk mengurangkan undian dua pertiga dalam pengurusan Renault yang diperlukan.  Ini berdasarkan tahap yang biasa pengundian di mesyuarat tahunan Renault dan syer 15% yang dimilikki Nissan tidak memberikan mereka hak mengundi.  Ghosn telah berkata bahawa pengurusan Nissan akan membuat perbincangan tentang isu ini pada minggu ini.  Pihak lembaga Renault pada minggu lalu telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan ‘survival dan kejayaan’ perikatan ini memerlukan pemulihan keseimbangan antara Perancis dan Nissan.

Nissan_Qashqai

 

 

Previous post

Audi Sambut Ketibaan RS3 Sportback Baharu Seluruh Dunia

Next post

Iklan Ini Akan Menyebabkan Anda Macam Nak Marah Tapi Tersenyum

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *