Gaya Hidup

Volvo Tampilkan Konsep Lounge Console di Shanghai Auto

Volvo telah mendahului dari segi sistem dan aplikasi keselamatan mereka, dan kebanyakan pengeluar mendapat manfaat daripada teknologi yang Volvo telah bangunkan sebaik sahaja tamat tempoh paten. Sekarang adalah masa untuk fokus kepada merapatkan jurang dengan pesaing mereka, dan sebahagian daripada ini adalah untuk membangunkan rekaan dalaman-terutamanya untuk model premium mereka.

Volvo-Lounge-Concept-XC90-4 Volvo-Lounge-Concept-XC90-3 Volvo-Lounge-Concept-XC90-5 Volvo-Lounge-Concept-XC90-1

Volvo Car telah menampilkan satu konsep baru di Shanghai Auto yang akan membawa kereta mewah eksekutif ke tahap yang baru. Dilabelkan sebagai Lounge Console, konsep inimenawarkan aksesori eksekutif yang paling maju kepada orang korporat yang mempunyai pemandu – satu penyelesaian yang kompak kepada pengembangan simpanan dan keselesaan. Lounge Console ini menggantikan tempat duduk penumpang bahagian depan, memberikan fungsi mewah dan kemudahan.

Ianya adalah konsep yang focus kepada gaya eksekutif mengutamakan pemilik kenderaan yang menggunakan pemandu. Setelah membuat kajian, etnografik terhadap keperluan mereka yang menerapkan gaya hidup berprofil tinggi, para pereka Volvo Cars melihat bagaimana keperluan ini boleh dihasilkan dalam satu tawaran kombinasi. Objektif konsep ini adalah untuk mempamerkan keupayaan Volvo dalam pembangunan rekaan dalaman premium yang sempurna, khusus untuk keprluan eksekutif.

Lounge Console menggunakan ciri-ciri rekaan untuk meningkatkan pengalaman bila berada di dalam kereta. Pereka Volvo Cars memberikan meja kerja besar yang apabila dibuka akan diperlihatkan cermin solek termasuk bekas simpanan untuk barang kemas dan aksesori peribadi dan barang mekap. Meja ini boleh dipusingkan 90 darjah dan serentak boleh ditukar kepada paparan skrin media 17inci untuk pengalaman seperti berada di dalam teater tetapi di dalam kereta. Di bawah tempat rehat kaki disediakan ruang tambahan untuk tempat letak kasut. Untuk tambahan keselamatan Volvo Car telah memasukkan kotak simpanan yang boleh dikunci. Tempat duduk penumpang bahagian hadapan yang telah dikeluarkan ini mencipta satu suasana luas dan ini merupakan satu ciptaan yang unik.

Previous post

BMW Tayangkan Ciri-ciri Remote Parking dan Gesture Control Pada Model 7-Siri Baharu

Next post

NAZA World Auto-Mania 2015 Bermula Minggu Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *