Gaya Hidup

NAZA World Auto-Mania 2015 Bermula Minggu Ini

NAZA World, yang menempatkan kereta dan motorsikal yang menakjubkan di dunia akan membuka pintunya dari 10 pagi-10malam kepada rakyat Malaysia untuk NAZA World Auto-Mania 2015 yang ekslusif pada minggu ini.

Jenama NAZA termasuk Ferrari, Maserati, Brabus, Chevrolet dan banyak lagi. Motorsikal termasuk Harley-Davidson, IndianMotorcycle, Victory Motorcycle, Ducati, Aprilia, Vespa dan NAZA Bikes.

NAZA-World-Auto-Mania-2015-

Sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggannya –yang lepas, sekarang dan yang berpotensi – NAZA World akan mempamerkan rangkaian kenderaan yang besar dari semua jenama ini semasa NAZA World Auto-Mania 2015 yang akan berlangsung selama tiga hari. Sebagai tambahan, harga khas dan hadiah akan ditawarkan kepada mereka yang membeli kereta atau motorsikal semasa acara tiga hari ini berlangsung. Uji pandu juga disediakan untuk pengunjung untuk mengalami sendiri pengalaman memandu kenderaan tersebut.

Terdapat juga slot promosi ‘Special Cars and Motorcycles of the Day’ sepanjang tiga hari acara tersebut dimana kenderaan akan ditawarkan pada harga istimewa. Pelanggan yang membeli sebarang kereta atau motorsikal semasa acara ini berlangsung akan melayakkan diri untuk cabutan bertuah, on the spot.

Selain itu, berbagai permainan dan keseronokkan untuk ahli keluarga dan pengunjung yang sukakan kelajuan boleh menyertai program simulasi pemanduan yang realistik dengan peringkat yang mencabar ditahap dunia.

Peminat kereta dialu-alukan untuk melawat pameran NAZA World yang dilangsungkan selama tiga hari yang mana dibuka kepada umum dari 10pagi-10malam, dari Jumaat 24hb April 2015 hingga Ahad 26hb April 2015. Ianya akan diadakan di NAZA World Automall, Petaling Jaya, yang senang diekses dari Leburaya Federal

Informasi menarik tentang NAZA World boleh dilayari di  http://www.NAZAworld.com.my atauhttp://www.facebook.com/NAZAworld.  Follow@NAZA_World untuk maklumat terkini dan tawaran pelbagai kenderaan NAZA World

NAZA-World-Automall (1)

 

Previous post

Volvo Tampilkan Konsep Lounge Console di Shanghai Auto

Next post

Peugeot 308 R Hibrid, 490 +HP Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *